Kota Seputeh

1. Ramai yang tahu satu pilihanraya kecil mungkin akan diadakan di Kedah. DUN Kota Seputeh bakal diadakan satu PRK.

2. Ini disebabkan kegagalan wakil rakyat BN Datuk Abu Hassan Sarif gagal hadir pada sidang DUN 19 April dan 16 Ogos lalu.

3. Setelah mahkamah memutuskan bahawa PRK hendaklah diadakan….BN akan merayu ke mahkamah rayuan.

4. DUN Kota Seputeh terletak di bawah Parlimen Jerlun. Kerusi Kota Seputih ini kekal milik BN sejak 1995.

5. Adakah BN dapat mengekalkan kerusi DUN ini sekiranya mahkamah menolak rayuan BN? Adakah Datuk Abu Hasan selaku ketua bahagian UMNO Jerlun akan terus menjadi calon BN? atau cakap2 kini mengatakan bahawa YB Mukhriz calon favourite bagi kerusi DUN ini sekiranya PRK harus diadakan.

6. Tidak kira siapa calon diharap ahli-ahli UMNO Jerlun dapat bersatu hati agar DUN Kota Seputih ini kekal menjadi milik BN.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Kota Seputeh

  1. Brightspark

    As’kum…

    Harap bn cari calon yg diterima oleh pengundi dan terdiri dari anak tempatan. Ramai anak tempatan yang diterima oleh penduduk tempatan. Tak perlu usahawan terkenal tapi banyak skandal atau orang kuat umno bahagian tapi banyak masalah dengan ahli atau penduduk.
    Cari calon dari umno yang ada latarbelakang percampuran dengan penduduk setempat seperti Cikgu Hamid yang telah lama bersama umno dan kini penolong kanan (HEM) di sekolah kawasan dun Kota Seputih. Semua murid kenal Cikgu Hamid, bapa murid pun kenal. Dalam umno pun ada ‘ranking’.
    Sekarang umno kena balik kepada perjuangan asal penubuhan dan pelupor utama umno dahulu. ianya digerakan oleh kalangan guru pada asalnya. Jadi elok diberi kepada guru juga pada musim yang tidak menentu ini. Salah percaturan susah jadinya.
    Jawatan tinggi dalam umno bahagian tak semestinya diterima oleh semua pengundi, bukan semua pengundi orang umno, mereka terdiri dari pengundi atas pagar ynag tak berparti. Mereka lebih melihat kepada calon yang sesuai dan mesra rakyat. Siapa yang lebih mesra rakyat..? Guru atau usahawan yang sedang hendak mengumpul harta..!
    Memang calon2 di Jerlun spt Ketua Pemuda Jerlun, Naib Ketua Bahagian, bekas ketua bahagian jerlun…mereka nei adalah usahawan yang sedang mencari ‘makan’ tak dapat menandingi personaliti seorang guru yang tekun mendidik anak pengundi di dun kota seputih…!
    Saya gerenti kalau calon yang tak betul dipilih maka tergadailah dun kota seputih kepada PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s