Monthly Archives: January 2010

Insiden kepala Babi

Pemuda UMNO Jalan Enggang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yg cuba menaikkan ketegangan antara penganut2 agama di Malaysia. Insiden kepala babi yang baru berlaku pagi ini di Masjid Taman Datuk Harun & Masjid Taman Sentosa haruslah dikutuk sekeras-kerasnya.

Tindakan menyerang mana-mana rumah ibadat bagi agama lain juga harus dikutuk sama sekali!!

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Takziah

Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin merakamkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia malam tadi. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Merafak Takziah

Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar. Al-Fatihah

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pembubaran Cabang PKR Kuala Selangor Satu Tamparan Hebat – Rais

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pembubaran cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, yang dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai satu tamparan hebat kepada parti itu ekoran rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Rais berkata jika mengikut lunas demokrasi, Khalid sepatutnya mengundur diri dan mengakui kegagalannya memimpin cabangnya sendiri.

“Tetapi sama ada Menteri Besar Selangor sekarang sanggup berbuat demikian adalah soal fakta, dan soal pendirian beliau, tapi kepada rakyat, sudah jelas bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan untuk menyatakan beliau telah dikalahkan oleh komponennya (cabangnya) sendiri dan anggota partinya serta rakyat setempat, ” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.

Rais berkata pembubaran cabang PKR itu menunjukkan perubahan sikap rakyat termasuk rakyat sekitar Kuala Selangor yang sudah tidak menaruh kepercayaan terhadap parti itu.

Keputusan rakyat Kuala Selangor itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pemimpin kecil dan besar PKR yang kononnya rakyat mempercayai mereka, katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Kuala Selangor yang telah membuat pilihan bijak dan menolak parti-parti politik yang tidak jujur dalam pimpinan.

Hari ini, Timbalan Ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa 11 anggota jawatankuasa PKR cabang Kuala Selangor, termasuk Ketua Pemuda dan Wanitanya telah meletakkan jawatan berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid.

Arshad berkata cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpin sahaja yang terdiri daripada beliau, Khalid serta seorang anggota jawatankuasanya Faridah Abdul Rahman.

Beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.- BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bukan UMNO yang cakap..tapi Anwar Ibrahim yang cakap

petikan dari rockybru..

Just a little history lesson, that’s all. And proof that we all can change. For better or for worse.

Anwar Ibrahim:

“… Dari segi rumpun Melayu …. kekuatan Bumiputera rapat dengan Islam, rapat, sejak awal tidak boleh nafikan. Penjajah bila bertapak target nya adalah mempastikan ada dikalangan orang2 Melayu dan Bumiputera menjadi orang Kristian supaya dengan cara ini mereka boleh split rank and file orang2 Melayu di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

“Sebab itu penterjemahan kitab injil ke Bahasa Malaysia ialah langkah pertama yang Raffles mintak Abdullah Munshi lakukan: salah satu perkara pertama ialah terjemahkan kitab Injil kepada Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu pada masa itu .. Kerana mesti dapatkan sekolompok orang Melayu menjadi Kristian.

“Mereka gagal, tapi concentration dan effort di Sabah dan Sarawak terlalu kuat.”

updated: Compare with Anwar’s posting on 8 Jan 2010 Jangan Bermuka-muka Pertahan Islam.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Insiden Serangan Gereja

Pemuda UMNO Jalan Enggang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati.

Mana2 agama di dalam dunia ini tidak mengajar umatnya supaya bertindak terhadap mana2 rumah ibadah agama lain..

Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Insiden Pemusnahan Gereja – Kenyataan Rasmi Pemuda BN

Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut ‘diserang’ tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

http://www.rembau.net.my/index.asp?doc=/news_list.asp&uid=974

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda