Daily Archives: January 8, 2010

Insiden Serangan Gereja

Pemuda UMNO Jalan Enggang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati.

Mana2 agama di dalam dunia ini tidak mengajar umatnya supaya bertindak terhadap mana2 rumah ibadah agama lain..

Allah dengan tegas melarang umat Islam bertindak terhadap mana-mana rumah ibadat penganut agama lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Insiden Pemusnahan Gereja – Kenyataan Rasmi Pemuda BN

Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut ‘diserang’ tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.

Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

http://www.rembau.net.my/index.asp?doc=/news_list.asp&uid=974

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Penyerahan Memo Bantahan

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Ismail Kijo (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi di perkarangan Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, semalam. Ismail yang mewakili 200 anggota Umno Selangor menyerahkan memorandum itu sebagai tanda bantahan terhadap tindakan majalah ‘Herald – The Catholic Weekly’, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. — fotoBERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Setiausaha Agung PKR Letak Jawatan

Datuk Salehuddin Hashim hari ini meletak jawatan sebagai setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menumpukan perhatian terhadap bidang kerjayanya.

Bagaimanapun, beliau, yang mengambilalih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khlaid Ibrahim, pada Mac 2008, kekal sebagai anggota biasa dalam part itu.

“Cukuplah enam tahun saya aktif dalam parti, lagi pun saya nampak ada orang lain yang lebih berkebolehan dan lagi pandai untuk menggantikan saya,” katanya kepada Bernama di sini.

Salehuddin berkata surat perletakan jawatan sudah pun dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali pada pukul 5 petang tadi.

Katanya beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perundingan pengurusan minyak dan gas di Amerika Syarikat.

Salehuddin mula menyertai PKR pada 2004 sebagai setiausaha pengelola sebelum dilantik menjadi setiausaha agung.- BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda