Monthly Archives: February 2010

Al Fatihah

Penulis baru sahaja menerima berita sedih iaitu kematian Ketua Puteri UMNO bhgn Ampang. Saudari Haslinda Dato’ Zerain. Al fatihah

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Kami yang salah pilih parti,” Bekas Adun PKR

Pemimpin PKR meninggalkan parti, termasuk meletak jawatan kerana tidak sanggup bersekongkol dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ghairah untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, berkata mereka membuat kesilapan paling besar kerana memilih parti itu bagi memperjuang nasib rakyat, kerana apa yang nyata PKR sudah lari dari perjuangan asal semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi Anwar dan konco-konconya.

Beliau berkata apa yang tinggal dalam parti itu kini adalah kumpulan pemimpin yang tidak ‘bersih’ dan tidak mempunyai keikhlasan membantu rakyat kerana mereka sanggup berbuat apa saja bersama rakan sekutu, DAP termasuk menghapuskan dasar perlembagaan sedia ada apabila memerintah.

“Kalau dia (Anwar) kata dia tersilap memilih calon, sebenarnya kami yang tersilap bersama dia, tanyalah orang lain yang keluar parti, semua berasakan silap berada dalam parti dia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang mengaku silap memilih calon bagi mewakili parti itu dalam pilihan raya umum pada Mac lalu.

Anwar berkata kesilapannya itu mengakibatkan calon kurang berkemampuan serta tidak mempunyai semangat kuat yang berjaya menjadi wakil rakyat keluar daripada parti seterusnya mengabaikan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam Abdullah yang turut meletak jawatan dari PKR dan menjadi calon bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), berkata kenyataan Anwar itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang suka ‘memutar belit’ fakta, tidak boleh dipercayai dan dihormati.

“Kalau nak kata kami calon yang dia salah pilih, tidak betul. Semua kriteria dia sudah tengok, teliti dan pertimbangkan bersama panel kumpulannya, bukan dibuat secara tangkap muat.

“Macam saya, pemilihan berdasarkan anak jati tempatan dan perkhidmatan kepada parti di kawasan, kalau dia kata salah pilih lagi, saya tak tahu apa jenis penasihat dia ini, dia pilih lepas itu salahkan orang lain,” katanya./Berita Harian

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin

Salam Semua

Anda dijemput untuk hadir ke majlis di atas yang akan dihadiri oleh Bapa Angkat UMNO Ampang, Dato Dr Awang Adek Hussin pada 23 Februari 2010 di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan pada jam 9malam.

Jumpa di Sana

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Al Fatihah

Takziah diucapkan kepada Allahyarham Wan Bin Jenal, Ahli Pemuda Umno Jalan Enggang yang meninggal dunia malam tadi akibat kemalangan di Tanjung Malim. Kes Langgar Lari.

Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Akui Salah Pilih Calon

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lepas.

“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.

Minggu lepas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Anggota Parlimen bebas.

Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Mahkamah – MB vs MB (Perak)

mbvsmb_court_report

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

kisah projek mega di Jelatek

Al-KISAH di sebuah negeri bernama Selangor semalam dilancarkan satu projek besar, mega dan raksasa di Jalan Jelatek, dekat Keramat. Nilai projek kira-kira RM1.2 bilion.

Ia akan dimajukan oleh anak syarikat kerajaan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang selama ini memang berjaya melaksanakan projek-projek perumahan rakyat di bawah kerajaan terdahulu.

Tapak kawasan projek mega itu kini dihuni oleh penduduk miskin di empat buah blok flat kos rendah. Dengar khabarnya flat itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek itu.

Dengar kata juga penduduk di situ akan dibayar pampasan. Jumlah pampasan akan diumum bulan depan. Tidak pasti ke mana pula mereka akan tinggal selepas ini. Jika pampasannya besar mungkin pandai-pandai merekalah ke mana mereka hendak tinggal.

Tidak pasti apakah projek yang dikenali sebagai Datum Jelatek itu untuk rakyat termiskin atau untuk orang kaya? Selangorkan negeri berkebajikan, takkan rakyat miskin diabaikan? Khabarnya ia adalah projek pembangunan moden siap dengan bangunan 45 tingkat.

Tapi seorang sahabat yang aktif dalam Pas Selangor berbisik, ‘‘ia untuk orang kaya. Projek itu bertaraf ‘high-end’ atau mewah’’.

Harap-harap biarlah projek itu untuk orang miskin yang susah. Dari segi geopolitik, itu kawasan majoriti Melayu. Jika terlalu mewah dan mahal susahlah orang Melayu nak beli.

Projek itu dilancarkan mungkin atas hasil ilham penasihat ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim – yang ‘terdesak’ kerana setelah memegang jawatan itu belum ada apa-apa yang menyerlah dilakukannya.

Untuk rekod, kawasan itu terletak di bawah Parlimen Azmin Ali, bekas pegawai Anwar dalam kerajaan BN dulu dan orang yang paling Anwar percaya. – utusan

nota:
1. utk rekod, penulis dibesarkan berhampiran tapak projek ini. boleh dikatakan banyak tempoh membesar penulis luangkan masa bersama teman-teman di kawasan ini.

2. kawasan projek ini terletak bersebelahan dengan cawangan Jalan Enggang.

3. kawasan perumahan flat pkns 4 tingkat ini tidak lama lagi akan dirobohkan. satu kawasan yang boleh dikatakan 100% orang melayu. bukanlah penulis ingin bersikap rasis atau bersikap tutup pintu….tetapi sekiranya projek yang dibangunkan ini merupakan sebuah projek mega…dimana pula peluang orang melayu utk merasai tempias projek mega ini.

4. Rata-rata pampasan yang diterima agak ‘lumayan’ tetapi jika dibandingkan dengan harga jualan setiap unit ini(anggaran) yang melebihi sekali ganda jumlah yang diterima…..dimanakan nilai lumayan itu?

5. Projek pembangunan amat digalakkan tetapi adakah ini yang diperlukan oleh penduduk setempat. adakah sebuah pencakar langit setinggi 45tingkat patut dibina dan dikelilingi dengan rumah2 teres satu tingkat. Adakah tuan2 rumah teres ini juga akan menjadi ‘mangsa’ pada masa akan datang?

6. Kesian melihat rakan-rakan penulis yang kini sibuk mencari kawasan baru….dengan nilai pampasan yang diberikan..sudah tentu amat payah untuk memiliki rumah dikawasan yang strategik ini.

7. Adakah kawasan flat pkns taman sri keramat yang terletak kira-kira 1km dari kawasan jelatek ini bakal menerima nasib yang serupa.

8. apa akan jadi dengan nasib orang melayu di kawasan sendiri dengan pembangunan yang disaji nampak gayanya lebih kepada orang bukan melayu yang mungkin juga bukan orang malaysia?

9. tepuk dada tanya selera….mungkin gaya pembangunan seperti ini sedikit demi sedikit mengurangkan pengaruh melayu yang diidamkan oleh sesetengah pihak….

10. Pembangunan jenis ini penulis tolak sama sekali!!

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DS ZAMBRY Menteri Besar sah PERAK

1.Alhamdulillah….segalanya sudah selesai kes kerajaan BN Vs Pr di Perak…

2. MB Sah Perak merupakan DS Dr Zambry berdasarkan keputusan mahkamah hari ini.

3. Rayuan Nizar ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan & memutuskan DS Zambry adalah MB yang sah – Alhamdulillah

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Umno Sentiasa Buka Pintu Rundingan Pada PAS

Umno sentiasa membuka pintu rundingan kepada PAS terutama bagi membincangkan isu agama Islam dan perpaduan orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Umno bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk berunding, namun PAS perlulah bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan perkara itu.

“Umno sejak dulu lagi sedia untuk berunding dengan PAS dalam apa juga isu, bagaimanapun mereka yang sentiasa berdolak-dalik dan mengenakan pelbagai syarat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak Umno untuk berbincang berkaitan isu-isu agama Islam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kesediaan parti itu untuk mengadakan perbincangan membuktikan Umno sentiasa ikhlas dan bersikap tolak ansur.

“Kita harap Menteri Besar Kelantan itu juga jujur, ikhlas dan bertolak ansur serta tidak meletakkan syarat demi kebaikan bersama,” katanya.

Tambah beliau, kesediaan Umno itu bukanlah sebagai satu mainan politik tetapi demi kebaikan rakyat negara ini. – BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PM: Jangan persoal hak Melayu, kewarganegaraan bukan Melayu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gagasan 1 Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara.

Memandang sinis sikap pembangkang yang kini menukar irama daripada “Malaysian Malaysia” kepada “Middle Malaysia”, Najib berkata konsep 1 Malaysia kini telah diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Berucap di hadapan 51,000 rakyat Melaka yang membanjiri Pantai Klebang pada Program 1 Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka malam tadi, Najib berkata konsep 1 Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum.

“Janganlah kita persoalkan hak orang Melayu. Jangan kita persoalkan kewarganegaraan bukan Melayu, mereka telah jadi warganegara kita. Mereka tetap jadi warga yang setia kepada negara, negara kita akan terus maju dan berjaya,” katanya.

Najib berkata gagasan 1 Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata gagasan 1 Malaysia merupakan konsep yang diperlukan oleh rakyat kerana ia mempertahankan hak semua kaum di negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara serta mampu memajukan negara.

Memandang sinis sikap pembangkang yang kini menukar irama daripada “Malaysian Malaysia” kepada “Middle Malaysia”, Najib berkata konsep 1 Malaysia kini telah diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Berucap di hadapan 51,000 rakyat Melaka yang membanjiri Pantai Klebang pada Program 1 Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka malam tadi, Najib berkata konsep 1 Malaysia selaras dengan peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mempersoalkan hak mana-mana kaum.

“Janganlah kita persoalkan hak orang Melayu. Jangan kita persoalkan kewarganegaraan bukan Melayu, mereka telah jadi warganegara kita. Mereka tetap jadi warga yang setia kepada negara, negara kita akan terus maju dan berjaya,” katanya.

Najib berkata gagasan 1 Malaysia memupuk satu semangat baru di kalangan rakyat ke arah kecemerlangan negara.

Najib turut mengajak rakyat agar “berhijrah” daripada bersikap toleransi kepada penerimaan kerana bersikap toleransi bererti masyarakat sebenarnya tidak rasi antara satu sama lain.

Sebaliknya apabila bersikap penerimaan, ia bererti kepelbagaian dalam masyarakat dapat diterima sebagai satu kekuatan.

Najib berkata daripada segi lipatan sejarah, Melaka merupakan titik tolak dalam kepelbagaian kerana beratus tahun dahulu, Pelabuhan Melaka merupakan pusat perdagangan penting di rantau ini dan menjadi pusat tumpuan perdagangan dunia dengan kepelbagaian dan kemajmukan menjadi cara hidup pada ketika itu.

“Kemajmukan itulah satu keunikan yang diterjemahkan sebagai kekuatan kita,” katanya. — Bernama

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda