Daily Archives: February 10, 2010

kisah projek mega di Jelatek

Al-KISAH di sebuah negeri bernama Selangor semalam dilancarkan satu projek besar, mega dan raksasa di Jalan Jelatek, dekat Keramat. Nilai projek kira-kira RM1.2 bilion.

Ia akan dimajukan oleh anak syarikat kerajaan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang selama ini memang berjaya melaksanakan projek-projek perumahan rakyat di bawah kerajaan terdahulu.

Tapak kawasan projek mega itu kini dihuni oleh penduduk miskin di empat buah blok flat kos rendah. Dengar khabarnya flat itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek itu.

Dengar kata juga penduduk di situ akan dibayar pampasan. Jumlah pampasan akan diumum bulan depan. Tidak pasti ke mana pula mereka akan tinggal selepas ini. Jika pampasannya besar mungkin pandai-pandai merekalah ke mana mereka hendak tinggal.

Tidak pasti apakah projek yang dikenali sebagai Datum Jelatek itu untuk rakyat termiskin atau untuk orang kaya? Selangorkan negeri berkebajikan, takkan rakyat miskin diabaikan? Khabarnya ia adalah projek pembangunan moden siap dengan bangunan 45 tingkat.

Tapi seorang sahabat yang aktif dalam Pas Selangor berbisik, ‘‘ia untuk orang kaya. Projek itu bertaraf ‘high-end’ atau mewah’’.

Harap-harap biarlah projek itu untuk orang miskin yang susah. Dari segi geopolitik, itu kawasan majoriti Melayu. Jika terlalu mewah dan mahal susahlah orang Melayu nak beli.

Projek itu dilancarkan mungkin atas hasil ilham penasihat ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim – yang ‘terdesak’ kerana setelah memegang jawatan itu belum ada apa-apa yang menyerlah dilakukannya.

Untuk rekod, kawasan itu terletak di bawah Parlimen Azmin Ali, bekas pegawai Anwar dalam kerajaan BN dulu dan orang yang paling Anwar percaya. – utusan

nota:
1. utk rekod, penulis dibesarkan berhampiran tapak projek ini. boleh dikatakan banyak tempoh membesar penulis luangkan masa bersama teman-teman di kawasan ini.

2. kawasan projek ini terletak bersebelahan dengan cawangan Jalan Enggang.

3. kawasan perumahan flat pkns 4 tingkat ini tidak lama lagi akan dirobohkan. satu kawasan yang boleh dikatakan 100% orang melayu. bukanlah penulis ingin bersikap rasis atau bersikap tutup pintu….tetapi sekiranya projek yang dibangunkan ini merupakan sebuah projek mega…dimana pula peluang orang melayu utk merasai tempias projek mega ini.

4. Rata-rata pampasan yang diterima agak ‘lumayan’ tetapi jika dibandingkan dengan harga jualan setiap unit ini(anggaran) yang melebihi sekali ganda jumlah yang diterima…..dimanakan nilai lumayan itu?

5. Projek pembangunan amat digalakkan tetapi adakah ini yang diperlukan oleh penduduk setempat. adakah sebuah pencakar langit setinggi 45tingkat patut dibina dan dikelilingi dengan rumah2 teres satu tingkat. Adakah tuan2 rumah teres ini juga akan menjadi ‘mangsa’ pada masa akan datang?

6. Kesian melihat rakan-rakan penulis yang kini sibuk mencari kawasan baru….dengan nilai pampasan yang diberikan..sudah tentu amat payah untuk memiliki rumah dikawasan yang strategik ini.

7. Adakah kawasan flat pkns taman sri keramat yang terletak kira-kira 1km dari kawasan jelatek ini bakal menerima nasib yang serupa.

8. apa akan jadi dengan nasib orang melayu di kawasan sendiri dengan pembangunan yang disaji nampak gayanya lebih kepada orang bukan melayu yang mungkin juga bukan orang malaysia?

9. tepuk dada tanya selera….mungkin gaya pembangunan seperti ini sedikit demi sedikit mengurangkan pengaruh melayu yang diidamkan oleh sesetengah pihak….

10. Pembangunan jenis ini penulis tolak sama sekali!!

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda