“Kami yang salah pilih parti,” Bekas Adun PKR

Pemimpin PKR meninggalkan parti, termasuk meletak jawatan kerana tidak sanggup bersekongkol dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ghairah untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menggadai maruah bangsa, agama dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, berkata mereka membuat kesilapan paling besar kerana memilih parti itu bagi memperjuang nasib rakyat, kerana apa yang nyata PKR sudah lari dari perjuangan asal semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi Anwar dan konco-konconya.

Beliau berkata apa yang tinggal dalam parti itu kini adalah kumpulan pemimpin yang tidak ‘bersih’ dan tidak mempunyai keikhlasan membantu rakyat kerana mereka sanggup berbuat apa saja bersama rakan sekutu, DAP termasuk menghapuskan dasar perlembagaan sedia ada apabila memerintah.

“Kalau dia (Anwar) kata dia tersilap memilih calon, sebenarnya kami yang tersilap bersama dia, tanyalah orang lain yang keluar parti, semua berasakan silap berada dalam parti dia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar kelmarin yang mengaku silap memilih calon bagi mewakili parti itu dalam pilihan raya umum pada Mac lalu.

Anwar berkata kesilapannya itu mengakibatkan calon kurang berkemampuan serta tidak mempunyai semangat kuat yang berjaya menjadi wakil rakyat keluar daripada parti seterusnya mengabaikan kebajikan rakyat.

Sementara itu, Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisyam Abdullah yang turut meletak jawatan dari PKR dan menjadi calon bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), berkata kenyataan Anwar itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang suka ‘memutar belit’ fakta, tidak boleh dipercayai dan dihormati.

“Kalau nak kata kami calon yang dia salah pilih, tidak betul. Semua kriteria dia sudah tengok, teliti dan pertimbangkan bersama panel kumpulannya, bukan dibuat secara tangkap muat.

“Macam saya, pemilihan berdasarkan anak jati tempatan dan perkhidmatan kepada parti di kawasan, kalau dia kata salah pilih lagi, saya tak tahu apa jenis penasihat dia ini, dia pilih lepas itu salahkan orang lain,” katanya./Berita Harian

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s