Daily Archives: March 3, 2010

SATU LAGI…MP PKR Bagan Serai cabut

Belum sejuk kisah Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng kelmarin keluar dari parti menyertai rakan sejawatnya dari Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim….hari ini Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak,Mohsin Fadzli Samsuri ikut jejak mereka.

Beliau juga umum serta merta jadi Ahli Parlimen Bebas.Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya beliau kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Katanya beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk ini.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Kelmarin beliau dakwa lebih 10 orang Ahli Parlimen PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.

Namun hari ini beliau mendakwa jumlah itu bertambah jadi 18 orang yakni 2/3 dari baki 28 Ahli Parlimen parti itu yang ada.-3/3/2010

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda