Tengku Razaleigh mahu kekal bersama UMNO

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ingin terus kekal bersama-sama dengan UMNO selagi beliau masih dikehendaki oleh parti itu.

Selaras dengan pendirian itu, katanya, beliau tidak akan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

”Kenapa saya perlu meninggalkan parti yang saya telah sertai sejak sekian lama. Saya mahu kekal dengan parti ini dan terus memberikan khidmat bakti selagi mana diri saya masih diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam program Bual Bicara Perlembagaan: Hubungan Persekutuan Kerajaan Negeri, Patutkah Negeri Diberikan Lebih Kuasa anjuran Majlis Peguam di sini hari ini.

Dua lagi ahli panel ialah peguam, Sulaiman Abdullah dan Malik Imtiaz Sarwar.

Ditanya desakan sesetengah pihak supaya beliau dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat daripada UMNO kerana mempertikaikan langkah Kerajaan Persekutuan yang hanya memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Kelantan sebagai ganti royalti, Tengku Razaleigh berkata, beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti itu untuk membuat keputusan.

”Jika mereka memutuskan untuk mengambil tindakan, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak boleh membantah kerana saya hanya ahli biasa,” katanya.

Dalam satu ceramah perdana anjuran Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu Januari lalu, Tengku Razaleigh menyatakan bahawa Kelantan layak menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada Petronas seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 25 Februari lalu pula berkata, beliau akan menunggu pandangan ahli-ahli parti terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut terhadap Tengku Razaleigh.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s