Ketua, Setiausaha Pemuda PKR Kelantan Keluar Parti

Menjelang tiga hari sebelum proses pembuangan undi di Hulu Selangor dijalankan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar moralnya apabila semakin ramai ahli dan pemimpin meninggalkan parti itu.

Hari ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad dan Setiausahanya, Ezri Zainal Abidin masing-masing mengisyhtiharkan keluar parti serta merta dan menjadi ahli Umno.

“Kami hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Pusat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selain itu kami sebagai anak Kelantan juga telah hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) serta barisan kepimpinannya di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Mereka turut menyerahkan borang permohonankeanggotaan Umno kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk SeriMustapha Mohamed.

Selain mereka, dijangka empat orang lagi pemimpin dan ahli PKR Perlis akan mengumumkan pendirian yang sama petang ini.

Wan Khairul berkata, tindakannya meninggalkan PKR kerana parti itu sudah tersasar jauh daripada perjuangan sebenar kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi demi mengejar pangkat.

“PKR kini hanya perjuangan peribadi seorang manusia untuk angkat dirinya sendiri menjadi Perdana Menteri, itu sahaja,” katanya.

Selain itu, katanya PKR dan pakatan pembangkang sebenarnya gagal mentadbirsesebuah kerajaan kerana gagal mendengar keluhan rakyat di bawah.

“Keluhan rakyat, keluhan pemimpin di bawah langsung tak didengari.

“Andai kata suara saya sebagai pemimpin di negeri tak didengar, apa jaminan mereka untuk bawa suara rakyat, apa jaminan mereka untuk bantu rakyat?” tegasnya.

Katanya lagi, beliau tidak ‘dibeli’ oleh mana-mana pihak sebaliknya keputusan meninggalkan PKR dibuat atas kesedarannya sendiri.

“Saya sanggup berdepan dengan pelbagai tuduhan, tapi pada hakikatnya saya tak dibayar oleh sesiapa.

“Ini keputusan saya sendiri tanpa dipengaruhi atau didorong oleh sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu Mustapa berkata, rakyat sepatutnya tidak mempercayai janji dan kata-kata manis yang diberikan oleh parti pembangkang terutamanya Anwar.

“Dia adalah pemimpin yang tak konsisten serta hipokrit dan merupakan pemimpin yang suka putar belit fakta.

“Saya tak mahu rakyat terus ditipu oleh beliau kerana cita-citapolitiknya,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s