Daily Archives: April 25, 2010

HS milik kita

vCalon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau dikatakan memperoleh kira-kira 1,725 undi menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalananthan terima sebanyak 24,997 unid, manakala Zaid terima 23,272 undi.

Ketika keputusan diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di dewan kompleks sukan di Kuala Kubu Baru di sini.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya kira-kira 9:15 malam tadi.

Walaupun BN menang dengan 1,683 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Kemudian Zaid depan dengan majority kira-kira 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Alhamdulillah…BN menang di Hulu Selangor

syukur…Calon BN P Kamalanathan menang di Hulu Selangor dengan majoriti lebih dari 1000 undi

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda