HS milik kita

vCalon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau dikatakan memperoleh kira-kira 1,725 undi menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalananthan terima sebanyak 24,997 unid, manakala Zaid terima 23,272 undi.

Ketika keputusan diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di dewan kompleks sukan di Kuala Kubu Baru di sini.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya kira-kira 9:15 malam tadi.

Walaupun BN menang dengan 1,683 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Kemudian Zaid depan dengan majority kira-kira 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “HS milik kita

  1. Salam,

    Terima kasih atas usaha BN yang berusaha sedaya upaya untuk menawan kembali kerusi parlimen Hulu Selangor. Tidak lupa juga kepada jentera pergerakan umno di command center bukit sentosa yang memberikan kelebihan kepada kami semua untuk meneruskan perjuangan menentang PR yang memperdayakan rakyat ini. Semoga kita akan bangkit semula menawan tempat-tempat yang lain juga.

  2. RAKYAT TELAH DAPAT MENILAI BAHAWA ARAH PERJUANGAN UMNO ADALAH BENAR..

    BERJUANG UNTUK KESUCIAN, KESYUMULAN AGAMA, MEMARTABATKAN BANGSA DAN MEMAJUKAN NEGARA..

    TAK LUPA JUGA TERUS MENGEKALKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN..

    BUKAN SEPERTI PERJUANGAN PR YANG SENTIASA MEMUTARKAN ISU UNTUK KEPENTINGAN POLITIK..AKHIRNYA RAKYAT MEMBENCI APABILA KEPENTINGAN RAKYAT DIABAIKAN..

    SATU MALAYSIA ADALAH WADAH YANG JUJUR IKHLAS DARI PM KITA..MEMBUAT RAKYAT SEMUA MERASA BANGGA MENJADI SEBAHAGIAN DARINYA..

    KEONARAN PR DAN ANUAR AKHIRNYA TERDEDAH DENGAN SEGALA MACAM PENDEDAHAN YANG DIBUAT OLEH BEKAS PEMIMPIN MEREKA YANG KELUAR DARI PKR..ITULAH AKIBATNYA SEGALA KUDIS DAN PEKONG YANG SENTIASA CUBA DITUTUP OLEH PKR..TETAPI MEREKA LUPA KEBUSUKANNYA AKHIRNYA MERESAP KELUAR DARI DALAM KAIN MEREKA SENDIRI.

    KECELUPARAN NIK AJIS YANG MENGINKARI TITAH NASIHAT SULTAN YANG BERFUNGSI SEBAGAI KETUA AGAMA TELAH MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG APABILA ZAID TEWAS DENGAN TERUK DI PRK HULU SELANGOR.

    APABILA TELAH TERLALU CELUPAR MENGELUARKAN KATA-KATA SETIAP KALI IANYA DILUAHKAN TIADA TINDAKAN DAPAT DIAMBIL MEMBUAT NIK AJIS TERLALU BONGKAK SEHINGGA TERLUPA YANG DISANGGAH ITU ADALAH TITAH ULIL.

    RAKYAT SEKELIAN YANG MENYAYANGI INSTITUSI BERAJA BERASA AMAT TERSINGGUNG DAN MARAH DENGAN TINDAKAN NIK AJIS DAN PASTI AKHIRNYA NIK AJIS SENDIRI YANG AKAN MENERIMA PADAHNYA APABILA RAMAI YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS.

    PENULIS PASTI PAS AKHIRNYA AKAN KECUNDANG TERUS DIDALAM PERSAINGAN ARENA POLITIK TANAH AIR JIKA MEREKA TERUS DEGAN KECELUPARAN DAN KEBONGKAKKAN MEREKA..

    DIMANA AKHIRNYA MEREKA AKAN MENJADI SEUMPAMA HAMPAS NYIOR YANG TIDAK LAGI BERGUNA UNTUK MANUSIA..JIKA DITELAN JUGA AKAN MEMBUATKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM TERUS TERSEDAK.

  3. hamba allah

    Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

  4. EzeyGTR40

    Saya setuju ngan cadangan Hamba Allah, saya akan cuba sampaikan cadangan tersebut kpd person in-charge di area Bkt Antarabangsa.

    Tp saya ada 1 soalan, kalau kite wat ceramah mcm nie, x ke pihak lain cube tuduh kite fitnah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s