Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri – PAS

PAS tidak gentar dengan strategi Umno untuk menarik lebih ramai ulama menyertai parti itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata parti itu tidak akan lemah walaupun lebih seribu ulama menyertai Umno.

“Ulama yang menyertai Umno itu akan hanya ‘mengorek lubang untuk menguburkan’ diri mereka sendiri kerana parti itu tidak akan memberi jawatan penting kepada pemimpin berkenaan.

“Kami tidak berasa terancam kerana akhirnya ulama yang menyertai Umno itu akan menjadi lemah,” katanya di sini hari ini.

Idris berkata demikian sebagai mengulas artikel Umno Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti itu Jumaat ini.

Dalam entri terbaru yang dimuat turun di blognya semalam, Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib ragu-ragu dengan dakwaan bahawa bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno.

“Saya tidak yakin Dr Asri akan bekerjasama dengan Umno. Jika beliau menyertai Umno maka tanggapan saya mungkin silap,” katanya.

Harun berkata ulama yang menyertai Umno adalah golongan yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah,” ujarnya.

Jelasnya, PAS tidak merasa terancam dengan langkah Umno merekrut ramai golongan ulama.

“Umno telah lama mempergunakan semua mufti untuk kepentingan mereka selama ini,” katanya. – mstar

nota: 

apa punye kenyataan la dari Ketua Penerangan PAS ni….?? mmg jelas hasad dengki menebal dalam diri beliau!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Ulama Masuk Umno Hanya Mengorek Kubur Sendiri – PAS

  1. MOHD KAMIL B MOKHTAR

    Sesiapa boleh menyertai mana mana parti politik yang dia mahu. Saya heran dengan orang politik diMalaysia ni. sepatutnya dia beritahu orang ramai apa yang dia boleh lakukan untuk kebaikan rakyat, tapi apa yang dia beritahu apa keburukan yang orang lain akan lakukan.Macam Nik Aziz entah apa yang dilakukan sehingga Kelantan miskin dan hina tapi hari hari sebuk komen hal negeri lain yang aman dan maju

  2. onikishi

    adakah dengan menyertai PAS bermakna anda bertakwa? adakah anda ulama PAS yang menetapkan syurga dan takwa seseorang muslim?adakah tiadanya judi dan arak dijual di negeri2 pimpinan PAS sendiri? adakah ulama PAS sendiri tidak pernah mencerca umat islam yang lain semasa berceramah?iman dan takwa seseorang muslim adalah kehendak dan kekuasaan Allah Yang Agung dan Maha Mengetahui sahaja ,bukan terletaknye pada nama ,gelaran ulama dan pangkat dlm masyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s