Monthly Archives: September 2010
ADUN Galas Meninggal Dunia
ADUN Galas YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT. Al Fatihah.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Ampang
Anda semua dijemput ke Majlis Aidilfitri UMNO Ampang yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 19 September 2010
Masa: 8.00 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Ampang
Pusat Komersil Ara Ampang
Jalan Ampang
Datanglah beramai2 dan bersama-sama kita mengeratkan ukhwah sesama kita.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Khairy kecam Kuan Yew hina Malaysia
Pergerakan Pemuda UMNO mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain dalam temu bual dengan akhbar New York Times baru-baru ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai sebuah negara yang berjiran, Singapura sepatutnya menghormati perasaan rakyat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik tanpa asas dan alasan yang kukuh. “Saya mengecam kenyataan tersebut kerana bukan setakat menghina tetapi turut tidak mempunyai asas kukuh dalam menterjemahkan realiti kehidupan antara kaum di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, sistem yang diguna pakai di Singapura tidak sesuai digunapakai di Malaysia kerana menjurus ke arah meritokrasi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak. “Kita di sini menggunakan sistem berdasarkan pendapatan mengikut kaum dan bukannya secara terbuka yang akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan musnah,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar itu pada 1 September lalu yang mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain. Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew berkata, Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana mereka kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.
Khairy yang menafikan dakwaan Kuan Yew itu berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi kaum dan agama, Malaysia tidak pernah mengamalkan diskriminasi sebaliknya mengiktiraf semua bangsa sebagai warganegara yang sah. “Tidak pernah wujud istilah orang tumpangan di sini dan saya melihat kenyataan tersebut lebih untuk mewujudkan suasana tegang antara kaum di Malaysia,” ujarnya. Tambahnya, Malaysia juga mengamalkan dasar terbuka dengan mengiktiraf sekolah pelbagai jenis kerana mementingkan pendidikan tanpa menyisihkan bahasa ibunda. “Keadaan kita di sini lebih baik dari di sana kerana di Singapura memang tidak ada sekolah Cina ataupun Tamil untuk mengajar tentang budaya dan bahasa mereka,” katanya. Ditanya mengenai sikap Kuan Yew yang sentiasa mengkritik Malaysia dalam media, Khairy berkata, bekas Perdana Menteri Singapura itu masih menyimpan perasaan tidak puas hati dengan keputusan Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Sebab itulah katanya, Kuan Yew sentiasa mencari jalan untuk merendah-rendahkan negara ini. “Sebenarnya beliau iri hati dengan hasil bumi, tenaga kerja dan potensi ekonomi yang kita ada, tidak seperti di Singapura yang hanya mempunyai sebuah pulau yang sekadar seperti sekangkang kera,” jelasnya.
– utusan
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin bagi semua pembaca yang beragama. Bagi rakan2 yang bukan beragama Islam, selamat bercuti.
Berhati2 di jalan raya ketika memandu. Elakkan kecelakaan di jalan raya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Majlis Sumbangan Aidilfitri UMNO Jalan Enggang
Gambar-gambar di sekitar majlis ini boleh dilihat melalui
http://www.facebook.com/album.php?aid=212658&id=728642091&l=f49b6dc76d
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda