Khairy kecam Kuan Yew hina Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain dalam temu bual dengan akhbar New York Times baru-baru ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai sebuah negara yang berjiran, Singapura sepatutnya menghormati perasaan rakyat Malaysia dan tidak sewenang-wenangnya mengkritik tanpa asas dan alasan yang kukuh. “Saya mengecam kenyataan tersebut kerana bukan setakat menghina tetapi turut tidak mempunyai asas kukuh dalam menterjemahkan realiti kehidupan antara kaum di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, sistem yang diguna pakai di Singapura tidak sesuai digunapakai di Malaysia kerana menjurus ke arah meritokrasi yang hanya menguntungkan sesetengah pihak. “Kita di sini menggunakan sistem berdasarkan pendapatan mengikut kaum dan bukannya secara terbuka yang akan menyebabkan negara menjadi tidak stabil dan musnah,” tegasnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kuan Yew dalam akhbar itu pada 1 September lalu yang mengkritik sistem yang diamalkan di negara ini dan menuduh Malaysia tidak berlaku adil serta menyisihkan kaum lain. Dalam temu bual itu juga, Kuan Yew berkata, Malaysia akan menjadi lebih baik jika tidak berpisah dengan Singapura kerana mereka kini telah mencapai tahap yang membanggakan dalam hubungan kaum.

Khairy yang menafikan dakwaan Kuan Yew itu berkata, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi kaum dan agama, Malaysia tidak pernah mengamalkan diskriminasi sebaliknya mengiktiraf semua bangsa sebagai warganegara yang sah. “Tidak pernah wujud istilah orang tumpangan di sini dan saya melihat kenyataan tersebut lebih untuk mewujudkan suasana tegang antara kaum di Malaysia,” ujarnya. Tambahnya, Malaysia juga mengamalkan dasar terbuka dengan mengiktiraf sekolah pelbagai jenis kerana mementingkan pendidikan tanpa menyisihkan bahasa ibunda. “Keadaan kita di sini lebih baik dari di sana kerana di Singapura memang tidak ada sekolah Cina ataupun Tamil untuk mengajar tentang budaya dan bahasa mereka,” katanya. Ditanya mengenai sikap Kuan Yew yang sentiasa mengkritik Malaysia dalam media, Khairy berkata, bekas Perdana Menteri Singapura itu masih menyimpan perasaan tidak puas hati dengan keputusan Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Sebab itulah katanya, Kuan Yew sentiasa mencari jalan untuk merendah-rendahkan negara ini. “Sebenarnya beliau iri hati dengan hasil bumi, tenaga kerja dan potensi ekonomi yang kita ada, tidak seperti di Singapura yang hanya mempunyai sebuah pulau yang sekadar seperti sekangkang kera,” jelasnya.

– utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Khairy kecam Kuan Yew hina Malaysia

  1. TUBIR

    Apa yang dinyatakan oleh LKY itu adalah gambaran yang beliau telah mengambil keputusan yang salah ketika membawa singapura keluar dari Malaysia .Jika beliau bersabar tentu kejayaan yang lebih besar akan menati .Oleh yang demikian beliau lebih berani memberi komen kepada negara ini dengan tujuan supaya saki baki penyokong Beliau yang masih tingal dinegara ini berasa yakin dan akan terus mendesak kerajaan supaya niat nya terlaksana walaupun LKY telah tiada dinegara ini .Parti DAP.MCA.GERAKAN dalah parti yang mendokong idilogi PAP .Cuma yang berbezanya MCA dan gerakan didalam BN.Dan DAP diluar ……Jadi orang cuma nampak DAP lah yang menentang dasar kerajaan…….sedangkan pada hakikatnya MCA dan Gerakan pun sama ……..
    Kepada KJ dan BN jangan hiraukan LKY ni apa yang perlu sekarang ini tentukan MCA Dan Gerakan dimatikan langkahnya .Untuk DAP jika perlu hendaklah digam…………kerana berfahaman anti kerajaan …..serta anti islam serta anti melayu .
    Tak payahlah KJ risaukan sangat apa yang LKY cakapkan .Perhatikan tingkah laku MCA,dan Gerakan ……………..merika ini lebih bahaya seperti nduri dalam daging atau mngunting didalam lipatan……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s