Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM

Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis, mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata oleh itu rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20, di sini malam Khamis, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana hasrat YBK untuk mendirikan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah ditolak oleh kerajaan negeri Selangor atas alasan yang tidak munasabah.

“Impian saya nak lihat di Serendah, tapak YBK itu tetap dibangunkan, kalaupun bukan UiTM, boleh dimajukan untuk bantu orang miskin. Ini akan terjadi hanya jika Selangor dipimpin semula oleh Barisan Nasional, ini akan menjadi kenyataan”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pembatalan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang awal tahun ini yang disahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak, dan ekoran pembatalan itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Sementara itu Najib berkata, kerajaan tidak pernah dan tidak akan mengabaikan golongan miskin dan golongan kurang bernasib baik meskipun pelbagai program trasformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) diperkenalkan.

“Kita sentiasa meneliti apa yang dilakukan kini. Setiap gagasan kerajaan kita tidak lupa memasukkan aspek keperihatinan terhadap kategori miskin dan kurang bernasib baik,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM Kesan Buruk Kepada Rakyat Jika BN Hilang Kuasa Memerintah – PM

  1. tak semestinya apabila bn hilang kuasa negara musnah ini kurafat yg kita tahu kalau umno kalah pas yg menang jadi apa masalahnya lg ok lihat di kelantan 20 thn pas ok je,negeri yg miskin semua umno yg jadi menteri besar,negeri yg banyak hutang pun negeri umno

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s