Monthly Archives: January 2011

BN Menang Besar Di Tenang

Barisan Nasional (BN)mencapai kemenangan besar mempertahankan kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti 3,706 undi pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Ahad.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini pada pukul 10 malam, Ahad.

Proses pengundian tetap dijalankan dalam suasana banjir teruk melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama dari kampung terputus hubungan.

Namun, calon BN dari Umno, Mohd Azhar Ibrahim berjaya menewaskan pencabarnya Normala Sudirman dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Mohd Azhar yang juga bekas Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Tanah Daerah Kecil Rengit meraih 6,699 undi berbanding Normala yang hanya mendapat 2,992 undi.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandanganya, Datuk Sulaiman Taha 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Majoriti yang diperoleh Mohd Azhar adalah 3,707 undi, berbanding 2,492 yang diperoleh Sulaiman pada pilihan raya umum 2008.

Hujan lebat yang turun sejak awal pagi sehingga mengakibatkan banjir menyebabkan para pengundi terpaksa dibawa ke tempat-tempat mengundi dengan menaiki trak tentera dan bot.

Keadaan cuaca buruk bagaimanapun tidak menghalang lebih kurang 72 peratus pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kali ini.

BN memperolehi majoriti di tiga daripada empat pusat mengundi kawasan Cina iaitu di Bandar Labis Timur, Labis dan Tenang malah pengaruh PAS di kubu kuatnya di Bandar Labis Tengah turut terhakis.

Keseluruhannya BN berjaya meraih 40 peratus undi Cina.

Sokongan kepada BN di kawasan-kawasan Felda dan kampung-kampung Melayu turut meningkat. Tiga kawasan Felda, iaitu Felda Tenang, Felda Chemplak Barat dan Felda Chemplak menunjukkan majoriti meningkat BN daripada 1,966 undi pada 2008 kepada 2,241.

Sementara itu, undi kaum India turut beralih kepada BN di mana majoriti undi di dua kawasan penduduk India meningkat daripada 260 pada 2008 kepada 365.

Turut hadir meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga pengarah pilihan raya BN DUN Tenang, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin BN yang lain.

Advertisement

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Jenazah akan disembahyang di Masjid Simpang Kerayong selepas solat Jumaat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Chinchin Tengah.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

 

 

– Al fatihah

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga ‘menghilangkan diri’ buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

azlanBadrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Duta Besar Iran Iktiraf Umno Parti Islam

Umno bukan sahaja parti politik yang memperjuangkan cita-cita kebangsaan Melayu, malah diakui sebagai sebuah parti yang konsisten dalam memartabatkan agama Islam, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi.

“Umno adalah parti Islam yang mempunyai kesinambungan kepimpinan dengan struktur yang jelas dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni, bukan hanya di kalangan anggota beragama Islam, tetapi juga masyarakat keseluruhannya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Umno Online semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat Umno hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tengku Adnan menjelaskan kepada duta berkenaan tentang perjuangan Umno untuk agama seperti yang termaktub dalam Fasal 3.3 Perlembagaan parti serta isu semasa membabitkan agama.

“Umno menghormati agama-agama lain dan masyarakat di Malaysia bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, tetapi apa yang sangat ditekankan dalam konteks Islam ialah pengukuhan akidah agar tidak berlaku pemesongan,” katanya.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Tengku Adnan juga menerangkan pemimpin Umno tidak bertolak ansur dalam soal akidah Islam, namun pada masa yang sama, percaya persefahaman dan kerjasama antara masyarakat majmuk mampu membentuk kesatuan dalam kepelbagaian.

Tengku Adnan turut menghuraikan sejarah penubuhan Umno pada 1946 dan perjuangannya dalam menuntut kemerdekaan, serta latar belakang yang membawa kepada penubuhan parti PAS oleh bekas anggota Umno pada 1955.

Dalam kunjungan ini, Dr Mohammed Mehdi turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Umno untuk bekerjasama dengan anggota Parlimen dan ulama Iran dalam rangka bertukar-tukar fikiran serta berkongsi pengalaman. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kontroversi Azan: Peguam Mohon Maaf

Seorang peguam, Ng Kian Nam pada Isnin memohon maaf ekoran aduannya berkaitan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinci di sini sehingga menimbulkan bantahan umat Islam.

Beliau menyifatkan terdapat ‘salah faham’ dalam isu berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam di kawasan terbabit.

“Saya meomohon maaf kepada seluruh muslim kerana salah faham yang saya timbulkan. Sebenarnya saya tak dapat bezakan antara azan dan kuliah Subuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, dia telah tersalah anggap bahawa kuliah Subuh adalah azan sehingga menyebabkannya membuat aduan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 20 disember tahun lalu.

Di dalam surat itu, jelas pemimpin Pemuda MCA itu, dia mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyediakan garis panduan bagi mengawal volum pembesar suara di masjid sambil menambah bahawa azan menganggu tidurnya setiap pagi.

Ekoran itu dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan demontrasi membantah tindakan Ng Jumaat lalu, lapor The Malaysian Insider.

Turut hadir pada sidang media berkenaan termasuk Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta wakil NGO terbabit.

Difahamkan Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan semua pihak terbabit sebelum sidang media berkenaan.

Dalam pada itu, Ng memberitahu, setiap manusia mempunyai kelemahan dan sebagai bukan Islam dia tidak dapat membezakan antara azan dan kuliah Subuh semasa mengirimkan surat aduan tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berpuas hati dengan permohonan maaf Ng dan tidak mahu isu berkenaan terus disensasikan lagi.

“(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator) Datuk Seri Jamil Khir (Baharom) juga menyebut bahawa tiadan sebarang tindakan berkaitan isu itu, jadi saya seru semua pihak jangan mensensasikan isu ini untuk apa tujuan sekalipun.

“Ini hanya isu kecil akibat salah faham,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy Jamaluddin Undur Diri?

1. 2-3 hari ini, dada akhbar byk paparkan laporan yg mengatakan MP Rembau yg juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin(KJ) tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

2. Ia bermula dengan twitter KJ  yang menulis “Hope to help win more youth support for BN in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait.”

3. Ramai yg sama sekali tidak menduga dengan keputusan ini. Ada yang melonjak gembira terutama golongan yg anti-KJ (yg masih terbawak2 fraksi pemilihan UMNO) …ada juga yg agak kecewa (golongan muda atas pagar yg melihat KJ seorg yg mampu meneraju perubahan politik Malaysia)..dan ada juga yg bersikap neutral.

4. Ramai yang melabelkan KJ sebagai satu liabiliti kepada UMNO dan punca kekalahan besar BN pada PRU 12. Walaubagaimanapun, setelah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, KJ nampaknya terus tampil dengan kekuatan sendiri.

5. Program seperti BN Youth Lab, JOM- Jelajah One Malaysia telah berjaya menarik minat golongan muda terhadap komitmen Pemuda BN. Ramai anak2 muda terutama yang bukan Melayu hadir di Majlis BN Youth Lab yang dirasmikan oleh PM.

6. Berbalik kepada keputusan KJ utk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau…ada yang kata KJ merajuk kerana tidak diberi tempat dalam kabinet….ada pula kata ini ‘strategic retreat’…ada pula kata ‘KJ nk tandung DUN utk jadi MB’…dan KJ sendiri membayangkan kemungkinan beliau akan sambung pengajiannya.

7. Sebenarnya, perkara ini telah diumumkan oleh KJ sendiri sewaktu FB hour beliau pada tahun 2009. Penulis ingat lagi beliau membalas di FB beliau “this maybe the first and the last for me as an MP”.

8. Tidak dinafikan kewibawaan KJ sebg ahli politik ini diiktiraf oleh seteru politik tanah air hari ini. Baru keluar statement utk undur diri, Ketua Pemuda PAS Pusat sudah menjemput beliau utk menyertai PAS.

9. Bagi penulis, sekiranya KJ ‘undur diri’ pada PRU akan datang adalah bersifat sementara…dan berkemungkinan beliau akan menyambungkan pangajian politik beliau mungkin pada peringkat PhD. Minat beliau terhadap politik amat mendalam…manakan tidak…sehingga pengajian sarjana KJ pun dalam bidang politik.

10. Penulis membayangkan beliau akan menjadi ‘ComeBack Hero’ dalam politik sekiranya beliau tetap dengan pendirian beliau utk ‘undurkan diri’ pada PRU ke 13….

11. Apa2 pun…selamat maju jaya utk KJ…

 

Hidup UMNO!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy umum Ungku Salleh Ketua Pemuda UMNO Selangor

KUALA LUMPUR 3  Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ungku Salleh, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor sebelum ini, Suhaimi Mohd Gazali yang memimpin Pemuda Selangor dengan baik  selama  hampir dua tahun.

Menurut beliau perubahan berkenaan hanya membabitkan Ketua Pemuda negeri, manakala barisan pegawai termasuk  Naib Ketua Pemuda negeri serta barisan jawatankuasa yang lain masih tidak berubah.

“Saya melihat kepada perkembangan terkini dan juga telah berbincang perkara ini dengan Suhaimi. Pergerakan Pemuda buat keputusan supaya diadakan perubahan sedikit dari segi  pimpinan ketua Pemuda negeri. Justeru  saya ambil kesempatan itu untuk cari seorang pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan dari segi kerja yang telah dibuat oleh Pemuda Selangor sebelum ini.

“Pelantikan Ungku Salleh tepat pada waktu dan masanya di mana ketika ini lebih tertumpu kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Saya harap rakan pemuda Selangor dapat terima baik keputusan ini dan memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang semakin hari semakin tempang.

“Pelantikan ini diharap akan memberi  ransangan gerak kerja selain dapat terus menyatupadukan Pemuda UMNO  Selangor.

“Saya telah minta supaya  Ketua Pemuda negeri adakan mesyuarat secepat mungkin serta  merangka strategi yang berterusan untuk memberi lebih penumpuan dan penekanan kepada persiapan pilihan raya umum nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada umno online  selepas menyerahkan surat perlantikan kepada Ungku Salleh Ungku Jamal, di pejabatnya, di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Khairy menambah, mungkin akan berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuian masa dan keadaan.

“Permulaan di Selangor. Mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan sahaja dari segi  prestasi tetapi  juga dari segi kesesuaian.

“Bukan yang diganti itu tidak menunjukkan prestasi yang tidak baik cuma kesesuain dan juga dari segi penekanan yang kita nak bagi kepada persiapan pilihan raya akan datang.

” Ini cuma perubahan. Dalam politik kita kadangkala perlu ada sedikit perubahan untuk memberi lebih penekanan kepada pendekatan yang lebih sesuai untuk masa kini dan sekiranya di peringkat atasan dah ada perubahan dari segi Pengerusi  Perhubungan, saya rasa tidak salah kalau kita buat perubahan di peringkat pemuda,” katanya.

Tegas Khairy lagi, apa yang dilaksanakan oleh Pemuda UMNO menunjukkan komitmen pergerakan itu dalam usaha membantu parti mencapai kejayaan.

“Ini adalah komitmen kita. Apa sahaja perubahan menunjukkan komitmen Pemuda dan  apa sahaja yang kita buat daripada sekarang  sampai kepada pilihan raya ianya mesti menjurus kepada pilihan raya termasuk usaha berterusuan untuk menang undi golongan muda.

“Dari segi KPI Pemuda, kita dah mencapai setiap daripada  KPI yang diberi kepada kita dari segi penambahan ahli, undi saluran muda dan sebagainya. Komitmen saya kepada Perdana Menteri,  selagi  kita masih belum sampai kemenangan pilihan raya kita akan kerja kuat, bertungkus lumus untuk pastikan kemenangan,” katanya. – UMNOonline

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pas Korbankan Perjuangan Demi Karpal

JELI 3 Jan. – Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum ini secara konsisten menentang penubuhan negara Islam.

ORIkarpal-pas-langkah mayatPengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin Pas juga memberi tafsiran hukum Islam secara berbeza-beza mengikut keadaan semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik.

Beliau berkata, pemimpin Pas juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengelirukan rakyat demi menghalalkan hubungan mereka dengan parti sosialis iaitu DAP.

“Ini isu yang besar, kalau dulu mereka bermati-matian di seluruh kampung berceramah menghentam Karpal Singh yang menentang negara Islam, tetapi hari ini kita dapati pemimpin Pas sanggup membela seorang pemimpin yang juga penentang utama negara Islam.

“Semua ini ada rekod, dulu kepada mereka tidak boleh duduk bersama DAP tetapi sekarang sudah bersekedudukan dengan DAP, dari segi politik mereka memang tidak konsisten, berbeza mengikut keadaan kerana apa yang penting ialah mereka mahukan kuasa dan sanggup korbankan prinsip politik yang dipegang teguh semata-mata untuk ke Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Penyampaian Anak Benih (Tanam Untuk Bumi) anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Kampung Bendang Keladi di sini, hari ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda