Khairy umum Ungku Salleh Ketua Pemuda UMNO Selangor

KUALA LUMPUR 3  Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuat kuasa serta merta.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ungku Salleh, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Selangor sebelum ini, Suhaimi Mohd Gazali yang memimpin Pemuda Selangor dengan baik  selama  hampir dua tahun.

Menurut beliau perubahan berkenaan hanya membabitkan Ketua Pemuda negeri, manakala barisan pegawai termasuk  Naib Ketua Pemuda negeri serta barisan jawatankuasa yang lain masih tidak berubah.

“Saya melihat kepada perkembangan terkini dan juga telah berbincang perkara ini dengan Suhaimi. Pergerakan Pemuda buat keputusan supaya diadakan perubahan sedikit dari segi  pimpinan ketua Pemuda negeri. Justeru  saya ambil kesempatan itu untuk cari seorang pemimpin yang dapat meneruskan kesinambungan dari segi kerja yang telah dibuat oleh Pemuda Selangor sebelum ini.

“Pelantikan Ungku Salleh tepat pada waktu dan masanya di mana ketika ini lebih tertumpu kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. Saya harap rakan pemuda Selangor dapat terima baik keputusan ini dan memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang semakin hari semakin tempang.

“Pelantikan ini diharap akan memberi  ransangan gerak kerja selain dapat terus menyatupadukan Pemuda UMNO  Selangor.

“Saya telah minta supaya  Ketua Pemuda negeri adakan mesyuarat secepat mungkin serta  merangka strategi yang berterusan untuk memberi lebih penumpuan dan penekanan kepada persiapan pilihan raya umum nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada umno online  selepas menyerahkan surat perlantikan kepada Ungku Salleh Ungku Jamal, di pejabatnya, di sini hari ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Khairy menambah, mungkin akan berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuian masa dan keadaan.

“Permulaan di Selangor. Mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan sahaja dari segi  prestasi tetapi  juga dari segi kesesuaian.

“Bukan yang diganti itu tidak menunjukkan prestasi yang tidak baik cuma kesesuain dan juga dari segi penekanan yang kita nak bagi kepada persiapan pilihan raya akan datang.

” Ini cuma perubahan. Dalam politik kita kadangkala perlu ada sedikit perubahan untuk memberi lebih penekanan kepada pendekatan yang lebih sesuai untuk masa kini dan sekiranya di peringkat atasan dah ada perubahan dari segi Pengerusi  Perhubungan, saya rasa tidak salah kalau kita buat perubahan di peringkat pemuda,” katanya.

Tegas Khairy lagi, apa yang dilaksanakan oleh Pemuda UMNO menunjukkan komitmen pergerakan itu dalam usaha membantu parti mencapai kejayaan.

“Ini adalah komitmen kita. Apa sahaja perubahan menunjukkan komitmen Pemuda dan  apa sahaja yang kita buat daripada sekarang  sampai kepada pilihan raya ianya mesti menjurus kepada pilihan raya termasuk usaha berterusuan untuk menang undi golongan muda.

“Dari segi KPI Pemuda, kita dah mencapai setiap daripada  KPI yang diberi kepada kita dari segi penambahan ahli, undi saluran muda dan sebagainya. Komitmen saya kepada Perdana Menteri,  selagi  kita masih belum sampai kemenangan pilihan raya kita akan kerja kuat, bertungkus lumus untuk pastikan kemenangan,” katanya. – UMNOonline

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s