Khairy Jamaluddin Undur Diri?

1. 2-3 hari ini, dada akhbar byk paparkan laporan yg mengatakan MP Rembau yg juga Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin(KJ) tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

2. Ia bermula dengan twitter KJ  yang menulis “Hope to help win more youth support for BN in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait.”

3. Ramai yg sama sekali tidak menduga dengan keputusan ini. Ada yang melonjak gembira terutama golongan yg anti-KJ (yg masih terbawak2 fraksi pemilihan UMNO) …ada juga yg agak kecewa (golongan muda atas pagar yg melihat KJ seorg yg mampu meneraju perubahan politik Malaysia)..dan ada juga yg bersikap neutral.

4. Ramai yang melabelkan KJ sebagai satu liabiliti kepada UMNO dan punca kekalahan besar BN pada PRU 12. Walaubagaimanapun, setelah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, KJ nampaknya terus tampil dengan kekuatan sendiri.

5. Program seperti BN Youth Lab, JOM- Jelajah One Malaysia telah berjaya menarik minat golongan muda terhadap komitmen Pemuda BN. Ramai anak2 muda terutama yang bukan Melayu hadir di Majlis BN Youth Lab yang dirasmikan oleh PM.

6. Berbalik kepada keputusan KJ utk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau…ada yang kata KJ merajuk kerana tidak diberi tempat dalam kabinet….ada pula kata ini ‘strategic retreat’…ada pula kata ‘KJ nk tandung DUN utk jadi MB’…dan KJ sendiri membayangkan kemungkinan beliau akan sambung pengajiannya.

7. Sebenarnya, perkara ini telah diumumkan oleh KJ sendiri sewaktu FB hour beliau pada tahun 2009. Penulis ingat lagi beliau membalas di FB beliau “this maybe the first and the last for me as an MP”.

8. Tidak dinafikan kewibawaan KJ sebg ahli politik ini diiktiraf oleh seteru politik tanah air hari ini. Baru keluar statement utk undur diri, Ketua Pemuda PAS Pusat sudah menjemput beliau utk menyertai PAS.

9. Bagi penulis, sekiranya KJ ‘undur diri’ pada PRU akan datang adalah bersifat sementara…dan berkemungkinan beliau akan menyambungkan pangajian politik beliau mungkin pada peringkat PhD. Minat beliau terhadap politik amat mendalam…manakan tidak…sehingga pengajian sarjana KJ pun dalam bidang politik.

10. Penulis membayangkan beliau akan menjadi ‘ComeBack Hero’ dalam politik sekiranya beliau tetap dengan pendirian beliau utk ‘undurkan diri’ pada PRU ke 13….

11. Apa2 pun…selamat maju jaya utk KJ…

 

Hidup UMNO!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Khairy Jamaluddin Undur Diri?

  1. Baguslah kj nak berundur. ini petanda terbaik kepada UMNO/BN Malaysia bagi menghadapi PRU13 tanpa kelibat beliau. KJ WAJIB untuk mengikuti kronolgi berpolitik jika dia serius utk berpolitik, bukannya mencari jalan pintas seperti melanggar belakang kereta Norin utk naik menjadi NKP UMNO secara percuma. Dia kena belajar dari bawah….

    1. jadi ahli biasa dulu
    2. jadi AJK cawangan dulu
    3. Berjaga malam utk panjat tiang dan pokok sebagai balaci parti ketika pilihanraya dulu. kalau nak jadi pembancuh kopi O panas pukul 3 pagi di bilik gerakan peti undi ITU LAGI BAGUS!
    4. Kenali masyarakat tempatan dulu dgn menyertai NGO seperti belia sebelum aktif dalam politik
    5. Bertandinglah pula dalam AJK Bahagian setelah ‘putus limau’ sebagai marhien!

  2. tubir

    Ia adalah satu kerugian kepada umno dan pemuda secara umunya.KJ ada kebolehan dan boleh menjadi pemimpin yang berwibawa jika digilap dan diberi peluang oleh PM najib.Kita boleh melihat disini najib seperti tangan terikat oleh satu arahan yang tidak nyata dari siapa datangnya .Walaubagaimana pun itu adalah hak najip sebagai PM untuk melantik seseorang .
    KJ berkelayakan dan berkebolehan ….walauapa pun ianya terpulanglah kepada KJ sendiri membuat keputusan untuk dirinya ………Mungkin ada golongan yang melompat kesukaan bila KJ mengumukan untuk berundur….Nampak gayanya adalah peluang untuk capai impian ………..Kepada PM lepas ini jangan lantik apa apa jawatan untuk ketua pemuda UMNO seperti mana yang berlaku kepada KJ…….
    Tapi sekiranya selepas ini ada lantikan atau jawatan menteri atau timbalan kepada ketua pemuda yang baru nampak gayanya bergeruh lagi umno kali ini………selamat mencuba .Kepada pemuda umno ingat ingatlah ………..dan tau apa nak buat nanti ………..

  3. anakpaklang mat

    KJ masuk PAS lagi ok…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s