Monthly Archives: February 2011

Gambar Pilihan Minggu Ini

kredit minaq-jinggo

 

 

– tatkala kempen boikot utusan…presiden pas pula sibuk membaca utusan malaysia….hahahahaha…mana pi harakah korang woi!!!

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS: Keperluan Kerdau bukan calon agama

Bagi menangai masalah pembangunan dan “kepincangan” setempat, DUN Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, kata naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sekarang dia (BN) mainkan isu, dianggap bahawa nak lawan ustaz dengan ustazlah, golongan agama dengan golongan agama. Tetapi kita tengok keperluan di Kerdau ini bukan (calon) agama.

“Keperluan dalam (konteks) penduduk Kerdau adalah calon profesional,” katanya merujuk kepada calon mereka Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Bercakap dalam sidang media harian PAS hari ini, Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS di Kerdau berkata, kalau hendak pilih calon agama, pastikan masjid yang terdapat di DUN Kerdau dimakmurkan terlebih dahulu.

“Jadi, siapa calon yang penting bagi DUN ini kita pilih calon itu, calon yang lebih baik dalam konteks ini. Soal masa depan saya itu tiada masalah,” katanya ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PAS mahu menyelamatkannya yang dispekulasi menjadi calon sebelum ini.Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang sekali lagi menegaskan pemilihan Hassanuddin dipersetujui pelbagai peringkat dalam parti itu daripada kawasan hinggalah ke Majlis Syura – badan tertinggi PAS.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manSementara itu, mengulas dakwaan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa PAS ketandusan isu, Tuan Ibrahim berkata, BN sepatutnya tidak mengulangi “janji manis”, sebaliknya menerangkan “tindakan-tindakan cemerlang” mereka di negeri itu.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan tentang “kelemahan” pentadbiran Adnan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa kerajaan negeri hilang sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta apabila empat syarikat kerajaan (GLC) gagal membayar pinjaman mengikut jadual.

“Dalam suasanan anak-anak syarikat ini mengalami kerugian, menteri besarnya masih mengharapkan 50 peratus daripada keuntungan GLC ini disumbangkan kepada kerajaan negeri.

“Jelas dan nyata bahawa inilah sebabnya mengapa pakar ekonomi mewar-warkan bahawa kerajaan negeri berpotensi bankrap,” sindir Tuan Ibrahim sambil mendesak Pahang mendedahkan prestasi GLC miliknya seperti dilakukan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. – malaysiakini

nota: semakin hari semakin jelas…PAS kini semakin menjauhkan perjuangan mereka dengan perjuangan ISLAM…..terang2 menolak calon yg mempunyai latar belakang agama Islam yg kuat….Mana prinsip perjuangan atas nama ISLAM….?? nampaknya PAS semakin liberal…hanya berkopiah utk mengaburi mata rakyat ISLAM di Malaysia…Ya Allah…..berilah petunjuk kepada ahli2 Pas supaya kembali ke pangkal jalan. Amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Negara Arab = Revolusi Rakyat atau Boneka Barat?

1. Mutakhir ini, ramai yg mengagumi kuasa rakyat di Mesir sehingga mantan presiden hosni mubarak terpaksa berundur.

2. Ramai org termasuk rakyat malaysia bersorak gembira apabila presiden mubarak mengumumkan perletakan jawatan beliau dan menyerahkannya ke majlis tentera mesir.

3. bermula dengan tunisia, mesir dan kini algeria, sudan, yemen, bahrain pun digegarkan dengan revolusi rakyat…itulah nama yg diberikan oleh media baik tempatan atau antarabangsa terhadap kumpulan rakyat yg menentang kumpulan pemerintah. Raja Jordan juga mengambil langkah awal bagi mengelakkan revolusi rakyat ini dengan menukar perdana menteri Jordan.

4. gerakan ‘menggulingkan’ kerajaan ini telah tersusun sgt rapi.

5. penulis terpanggil menulis artikel ini kerana rasa sedih dan terkilan, revolusi ini berlaku di negara2 yg majoriti nya umat islam.

6. ada kawan penulis bagitau…ni adalah ‘correction’ dalam ketamadunan Islam. bagi penulis sama ada ‘correction’ atau apa2pun terma bagi kebangkitan rakyat ini adalah sangat tidak wajar kerana terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menukar sesebuah kerajaan.

7. ada teman penulis yg cakap..inilah cara terakhir dan hanya dengan cara inilah (merujuk kpd demostrasi jalanan yg mengakibatkan kesusahan puluhan ribu warga asing termasuk malaysia di mesir dan juga mengorbankan nyawa) untuk menggulingkan presiden mubarak. penulis hanya tersengih. apakah tiada cara lain yg boleh digunakan? adakah mesir terlalu mundur dizaman mubarak. kenapa sesudah 3 dekad baru nk tukar kerajaan. adakah pimpinan mubarak ini terlalu zalim?

8. Lantaran revolusi rakyat yg tak tumpah seperti jatuhan blok domino di negara2 afrika dan arab….penulis membuat sedikit kajian di internet.

9. Penulis berpendapat..revolusi rakyat ini telah berjaya ‘digerakkan’ oleh pihak barat yang ingin melihat kejatuhan Islam…

10. semasa membuat kajian…hanya satu badan yayasan yg berlegar di kepala penulis iaitu Future Foundation yg pernah dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.

11. sedikit sebanyak info mengenai Yayasan ini.. http://www.foundationforfuture.org/en/node/1

  1. What is the purpose of the Foundation for the Future?
  2. The Foundation for the Future was created to support civil society organizations in their efforts to foster democracy and freedom in the broader Middle East and North Africa.

  3. In what countries will the Foundation operate?
  4. The Foundation will operate in the following countries and territories: Afghanistan, Algeria, Bahrain, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Oman, Pakistan, the Palestinian Territories, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Tunisia, UAE, and Yeme

12. Future Foundation (FF) dilihat beroperasi di negara2 Arab dan Afrika yang majoritinya Umat Islam. Mengapa negara2 ini dipilih? Adakah terlalu kejam para pemimpin Islam di negara2 ini?

13. FF ini ditaja oleh pihak barat yang umum tahu bahawa amat gembira melihat kejatuhan Islam. Mengapa seorang Islam sanggup melihat saudara2 Islam yg lain ditindas?

14. Hari ini, kita dapat lihat bagaimana hasill benih2 yang ditabur oleh gerakan barat spt FF ini membuahkan hasil di Mesir, Tunisia dan tidak mustahil dibeberapa negara lain seperti yg tertera di atas.

15. Harus diingatkan….mungkin ramai gembira kerajaan bertukar…tapi pada masa yang sama mereka lupa..mereka menggadai masa depan agama ISLAM.

16. Tidak dapat dibayangkan sekiranya revolusi ini terjadi di negara Arab Saudi dimana disitu letakkan kiblat umat Islam seantero dunia.

17. Percubaan pihak pembangkang negara kita utk menyeru rakyat memulakan demostrasi jalanan bagi revolusi rakyat ini dicetuskan oleh Anwar Ibrahim. Beliau menggesa rakyat sarawak utk bangkit menentang kerajaan negeri BN dengan demostrasi ala mesir! Rujuk http://bit.ly/g4N6XI Ada kemungkinan demostrasi di Mesir, tunisia dan beberapa negara lain mutakhir ini adalah kait mengait dengan peranan beliau semasa menjadi Pengerusi FF…Wallahualam

 

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda