PAS: Keperluan Kerdau bukan calon agama

Bagi menangai masalah pembangunan dan “kepincangan” setempat, DUN Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, kata naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sekarang dia (BN) mainkan isu, dianggap bahawa nak lawan ustaz dengan ustazlah, golongan agama dengan golongan agama. Tetapi kita tengok keperluan di Kerdau ini bukan (calon) agama.

“Keperluan dalam (konteks) penduduk Kerdau adalah calon profesional,” katanya merujuk kepada calon mereka Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Bercakap dalam sidang media harian PAS hari ini, Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS di Kerdau berkata, kalau hendak pilih calon agama, pastikan masjid yang terdapat di DUN Kerdau dimakmurkan terlebih dahulu.

“Jadi, siapa calon yang penting bagi DUN ini kita pilih calon itu, calon yang lebih baik dalam konteks ini. Soal masa depan saya itu tiada masalah,” katanya ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PAS mahu menyelamatkannya yang dispekulasi menjadi calon sebelum ini.Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang sekali lagi menegaskan pemilihan Hassanuddin dipersetujui pelbagai peringkat dalam parti itu daripada kawasan hinggalah ke Majlis Syura – badan tertinggi PAS.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manSementara itu, mengulas dakwaan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa PAS ketandusan isu, Tuan Ibrahim berkata, BN sepatutnya tidak mengulangi “janji manis”, sebaliknya menerangkan “tindakan-tindakan cemerlang” mereka di negeri itu.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan tentang “kelemahan” pentadbiran Adnan, seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa kerajaan negeri hilang sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta apabila empat syarikat kerajaan (GLC) gagal membayar pinjaman mengikut jadual.

“Dalam suasanan anak-anak syarikat ini mengalami kerugian, menteri besarnya masih mengharapkan 50 peratus daripada keuntungan GLC ini disumbangkan kepada kerajaan negeri.

“Jelas dan nyata bahawa inilah sebabnya mengapa pakar ekonomi mewar-warkan bahawa kerajaan negeri berpotensi bankrap,” sindir Tuan Ibrahim sambil mendesak Pahang mendedahkan prestasi GLC miliknya seperti dilakukan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. – malaysiakini

nota: semakin hari semakin jelas…PAS kini semakin menjauhkan perjuangan mereka dengan perjuangan ISLAM…..terang2 menolak calon yg mempunyai latar belakang agama Islam yg kuat….Mana prinsip perjuangan atas nama ISLAM….?? nampaknya PAS semakin liberal…hanya berkopiah utk mengaburi mata rakyat ISLAM di Malaysia…Ya Allah…..berilah petunjuk kepada ahli2 Pas supaya kembali ke pangkal jalan. Amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s