Kerajaan Pas kelantan kaji semula pengharaman loteri

 

KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, pendirian Kerajaan Pas Kelantan ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ”big sweep” yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Lok Siew Fook; Anggota Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut di pejabatnya pagi ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Dua parti politik, DAP dan MCA, bagaimanapun membantah tindakan berkenaan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam. – Bernama

— nampaknya…’telur’ PAS dipegang kuat oleh DAP dan PKR..sampai pendirian ttg pengharaman loteri dinegeri yg diperintah oleh PAS sendiri pun dikawal oleh DAP dan PKS…..

Takut hilang undi/kerusi..ISLAM digadaikan!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s