Pemuda UMNO desak identiti pelaku seks didedah

SHAH ALAM 25 April – Pergerakan Pemuda UMNO negeri mendesak polis mendedahkan identiti pelaku dalam video aksi seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa berkata, pendedahan itu penting bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat yang masih samar sama ada pelaku di dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Ini kerana katanya, pada awal pendedahan yang dibuat oleh trio ‘Datuk T’, hanya beberapa wakil media sahaja yang dipertontonkan keseluruhan video tersebut dan mereka boleh menilai sendiri wajah pelakon lelaki terbabit.

“Namun bagaimana dengan masyarakat khususnya penyokong-penyokong parti pembangkang, mereka juga harus menilai sendiri ‘wajah sebenar’ pemimpin kesayangan mereka.

“Sebelum ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO, Barisan Nasional (BN) dan polis sebagai dalang penyebaran video tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Safarizul, pendedahan ini juga penting kerana ia melibatkan soal moral pemimpin parti pembangkang yang diuar-uarkan mahu menjadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas pentadbiran negara.

Sehubungan itu, kata beliau, polis bertanggungjawab mendedahkan segera ‘pelaku lelaki’ dalam video tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.

”Biar masyarakat menentukan sendiri hukuman yang sewajarnya dikenakan terhadap pelakon ‘rosak akhlak’ tersebut,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s