Tahniah! Najib Terima Penghargaan ‘Bapa Transformasi Malaysia’

KUALA LUMPUR: Institut Pengarah Malaysia (MID) malam ini memberikan penghargaan khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran ‘Bapa Transformasi Malaysia’ kerana kepimpimpinan transformasi beliau kepada negara.

Najib juga dilantik sebagai Felo Kehormat MID yang membolehkan beliau menyertai kumpulan elit Felo MID yang juga termasuk dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam di sini malam Rabu.

Felo Kehormat itu disampaikan oleh Presiden MID Tan Sri Lim Kok Wing.

Najib diiktiraf kerana usaha-usaha beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

MID memberikan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana kepimpinan inovasi beliau yang memberikan inspirasi amalan terbaik dalam tadbir urus kerajaan untuk mencapai transformasi menggunakan inovasi sebagai penggerak untuk status baru global.

Tokoh-tokoh korporat utama yang menerajui sesetengah syarikat yang paling dinamik di negara juga diberikan penghargaan pada majlis itu kerana inovasi perniagaannya di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 17 syarikat yang meliputi pelbagai sektor seperti penerbangan, automotif, perbankan, kewangan, pelbagai pelaburan, pendidikan dan penjagaan kesihatan menerima anugerah Kepimpinan Inovasi dalam Globalisasi daripada Perdana Menteri. BERNAMA

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s