Monthly Archives: June 2011

Ramai Bantah Perhimpunan Haram 9 Julai

KUALA LUMPUR: Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu.

Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan itu untuk kepentingan tertentu.

Berikut antara petikan pendapat umum mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram tersebut:

“Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

“Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

(Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) “Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

“Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini. (Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar) “Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini. “Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkataBersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.

“Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini.”

(Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran) “Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.

(Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego)

“Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia. “Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.”

(Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Syed Anuar Syed Mohamad) “Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan dan ekonomi sesebuah negara”

(Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee)

“Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi”

(Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay) “Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara dan menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)terhadap perancang perhimpunan.

(Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman)

“Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.

(Pemandu teksi, Samad Ismail, 43)

“Perhimpunan ini perlu dibatalkan kerana bukan sahaja ia menjejas pendapatan peniaga tetapi turut mengancam keselamatan”

(Pemilik kedai tas tangan dan perhiasan wanita, Rosyna Alias, 48)

“Jika berlaku perhimpunan, ia mengganggu rutin harian wanita hingga mengakibatkan mereka takut untuk keluar dan terpaksa tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada bahaya.

“Waktu hujung minggu adalah waktu beriadah tapi apabila berlaku perhimpunan haram seperti ini kita terpaksa terperuk dan berkurung di rumah” (Pekerja swasta Muliana Mohamad, 26) -BERNAMA

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ekspo perumahan 1malaysia

Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) diadakan pada 29-31 Julai @ PWTC KL. Melibatkan Skim Rumah Pertamaku & Perumahan Rakyat 1 Malaysia

Ini yang kerajaan BN Lakukan bukan sekadar janji Kosong sepertimana yang Pakatan Rakyat Haram war warkan! Mohon sebarkan mengenai Expo Perumahan dari Kerajaan BN buat rakyat ini!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jenis barang dan jumlah subsidi tahun 2010

Jenis Barang dan Jumlah Subsidi Yang di Tanggung oleh Kerajaan pada tahun 2010.

Gula (789 juta),
Tepung Gandum (89 juta),
Minyak Masak (813 juta),
Beras ST15 (486 juta),
Petrol RON 95 (3.13 Billion),
Diesel (3.59 Billion),
LPG (1.43 Billion)
Jumlah Keseluruhan RM 10.32 Billion).

Faktor Kenaikan Harga Barang
1. Penambahan penduduk dunia sbyk 4% setahun tapi pengeluaran makanan hanya 1%-2% setahun.

2. Keadaan cuaca yg tidak menentu spt kemarau di Russia dan banjir di India dan Australia

3. Dasar larangan eksport oleh negara pengeluar spt bawang di India dan gandum di Russia.

Sebarkan Maklumat ini!! Biar rakyat mengetahui kebenarannya! Jangan kita di momokkan oleh manusia yang tak bertanggungjawab

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan Jadikan SPR Kambing Hitam – Pengerusi SPR

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihak SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.

“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai “rubber stamp” atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan tu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

“Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

“Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama,” katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

“Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

“Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan,” katanya.

Abdul Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

“Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

“Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa,” katanya. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mat Sabu Digesa Beri Penjelasan Gelaran Anwar Al Juburi

KUALA LUMPUR 17 Jun – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibarhim terhadap satu gelaran yang mengaibkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata penjelasan itu penting kerana maksud gelaran mengaibkan itu menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini.

“Ini penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO.

Pada ketika itu difahamkan Mat Sabu pernah menggelarkan Anwar sebagai Anwar Al Juburi.

Mat Sabu juga mengakui bahawa beliau pernah berjumpa Ummi Hafilda Ali yang kemudiannya menjadi saksi utama dalam kes perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pada masa yang sama, Anuar juga berkata masyarakat juga ingin tahu daripada Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

“Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah ‘tidak masuk perlumbaan’ kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan,” katanya. 0 umno-online

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Umno Akan Anjurkan Perarakan Pada 9 Julai

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih.

Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia.

Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas.

Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata.

Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.

 

 

nota: ayuh pemuda…kita semarakan gelombang semangat pemuda malaysia!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PM akui pembangkang pandai main persepsi…yang benar pun boleh nafi

pm-ampang513

 

Pemimpin UMNO dan BN mesti bijak menyusun strategi untuk menangani persepsi di minda  rakyat supaya mereka dapat melihat bahawa UMNO dan BN adalah parti terbaik, berkesan, bercakap benar dan membela rakyat.
“Politics is all about perception. Ia bukan soal realiti lagi. Pembangkang pandai main persepsi, Yang benar pun mereka boleh nafikan sebab mereka tahu politik adalah mengenai persepsi dan bukan kebenaran, “ kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang, Ahad. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO bahagian Ampan, Datuk Ismail Kijo.
Najib berkata menang kalah sesebuah parti bergantung kepada sokongan rakyat. “Kalau rakyat suka pada kita, mereka akan pilih kita. Tapi kalau rakyat tidak suka pada kita, atau lebih buruk lagi kalau rakyat benci pada kita, maka mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka dan seterusnya membentuk kerajaan,” katanya lagi.
“Persekitaran sudah berubah.Jika dulu, orang kata, letak songkok pun boleh menang. Tapi zaman sekarang dengan adanya ICT seperti Facebook, Twitter, Email, SMS, segala maklumat tidak lagi dikuasai oleh kita.
“Jangan kita fikir macam zaman dulu. Ya, UMNO wujud sejak 1946 dan berkuasa sejak Merdeka sampai ke hari ini. Tetapi kita mesti sedar persekitaran sudah berubah dan orang semakin cerdik memilih.
“Ini juga adalah kesan dari dasar yang kita buat. Kita yang beri pelajaran dan sediakan kemudahan, bukan orang lain. Kita yang buat perubahan besar kepada negara. Tetapi apabila kita membuat perubahan, kita juga mesti berubah. Jika tidak, UMNO dan BN tidak lagi relevan sebab orang lain akan dilihat sebagai lebih dinamik daripada kita walaupun pada hakikatnya, tidak.
Najib berkata, sebarang parti tidak akan dapat melakukan sesuatu perubahan dan memenuhi aspirasi rakyat serta tidak dapat melaksanakan agenda melainkan ia ada kuasa politik. Sehubungan itu katanya, setiap program dilakukan mestilah menghala kepada mempertingkatkan tahap sokongan rakyat kepada parti dan pemimpin di semua peringkat.
Najib berkata, kerajaan telah membuat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang terperinci, serta road map yang lebih jelas, tidak seperti pembangkang yang pandai berjanji. Katanya kerajaan tidak boleh bermain dengan menjual janji tetapi kerana ia adalah parti yang memerintah.
Najib seterusnya mengingatkan semua pemimpin UMNO supaya menjadikan kekalahan lalu sebagai pengajaran dan pemangkin semangat.

“Sebagai parti politik, UMNO sudah lama tertubuh dan belum pernah hilang kuasa mutlak, Kita sudah tahu pahit maungnya kalau hilang kuasa. Kita kena sedar kesannya kalau hilang kuasa. Jangan kita rasa merana saja. Jangan pula monyok muka. Jangan rasa inferiority complex (rendah diri). Kita kena belajar daripada kekalahan, kuatkan azam, rapatkan barisan dan jangan berbalah sesama kita,” katanya.
Najib turut mengingatkan pemimpin parti supaya berhenti mempersoalkan mengenai siapa yang bakal jadi calon pilihanraya. “Memanglah pemilihan calon atas nama saya sebagai pengerusi BN, tetapi saya tak akan buat keputusan semasa-mata atas dasar saya suka dia atau tak suka dia.
“Itu bermakna secara subjektif, orang Melayu sebut pilih kasih. Tetapi kalau saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab, saya mesti pilih orang yang disukai oleh rakyat dan boleh menjamin kemenangan.
“Kita tak boleh kata, eh saya dah “cop” kawasan ini. Ada saya dengar, “kalau orang nak tempuh kawasan ini, langkah mayat saya dulu.”. Itu tak boleh. Kalau letakkan orang jadi penyelaras atau apa, kita mesti tengok performance dua dulu.
“Maknanya kita mesti tengok sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau tidak. Kita mesti tengok sama ada dia disukai rakyat atau tidak. Kita kena tengok sama ada dia mempunyai pembawakan dan nilai moral sebagai pemimpin yang boleh dipilih sebagai calon.”
Pada sidang media selepas itu, Najib menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan membela Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sehingga menyebabkan rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik.
“Ini modal mereka (pembangkang). Dalam keadaan sekarang, kita tahu bahawa IPP yang kita ada sekarang kebanyakan formulanya tidak lagi berat sebelah.

“Adalah tidak tepat mengatakan kita membela IPP. Kita lebih membela rakyat. Kita sedang berunding dengan IPP tertentu. Bila sampai masanya kerajaan akan huraikan dan beri kenyataan yang lebih lengkap,” katanya. – AGENDADAILY

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KERAJAAN NEGERI TEMBERANG RAKYAT.

SHAH ALAM: Rakyat di negeri ini dinasihati agar tidak lagi tertipu dengan temberang kerajaan negeri pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus (gambar) berkata, pengundi di negeri ini perlu mengambil iktibar kerana banyak janji pilihan raya kerajaan negeri masih gagal ditunaikan.
“Sudah terbukti kerajaan negeri sekarang temberang rakyat.
Pada pilihan raya umum lalu mereka menjanjikan pelbagai elaun kepada rakyat dari bayi hinggalah ke warga emas.
“Namun semuanya hanya janji kosong yang sehingga kini belum lagi ditunaikan.
Sekarang mereka mahu jual temberang lagi dengan Buku Jingga,” katanya.
Antara janji tersebut ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan
pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6,000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi…..

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, beliau tidak mahu rakyat di negeri ini terus tertipu kerana kerajaan negeri hanya tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.
“Janji-janji manis yang diluahkan itu sebelum pembangkang berkuasa.
Tapi lepas dapat kuasa lain pula jadinya, macam-macam alasan diberi.
Kita harap rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan janji kosong pakatan pembangkang,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan Diam Diri, Isu RM80 Juta Duit Yayasan Selangor Lesap

Kerajaan Selangor dan pengurusan Yayasan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan Ketua UMNO Bahgaian Ampang, Datuk Ismail Kijo berhubung pendedahan mengenai pengurusan kewangan Yayasan Selangor.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Selangor Mohd Faizal Salleh berkata, suatu siasatan perlu dilakukan oleh berhubung pendedahan itu kerana membabitkan kepentingan orang ramai terutama orang Melayu di Selangor.

“Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan pengurusan Yayasan Selangor perlu beri penjelasan mengenai , perkara ini, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, ini wang rakyat dan mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

“Penubuhan Yayasan Selangor untuk bantu pelajar Melayu kurang berkemampuan mendapatkan pendidkan ke peringkat lebih tinggi, jika Yayasan Selangor menghadapi masalah kewangan, di manakah mereka ingin dapatkan bantuan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ismail berhubung salah urus pentadbiran Yayasan Selangor sehingga menyebabkan kehilangan wang sebanyak RM80 juta dalam tempoh tiga tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor.

Faizal berkata, Khalid sebagai Menteri Besar dan penasihat kepada Yayasan Selangor tidak harus lepas tangan mengenai perkara itu, beliau sebagai Ketua Esekutif di Selangor seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu.

“Isu membabitkan Yayasan Selangor bukan isu baru, sebelum ini banyak perkara dibangkitkan mengenai kegagalan tadbir urusnya, tetapi sehingga kini tiada suatu tindakan khusus diambil berhubung perkara berkenaan.

“Ini termasuk kes perbelanjaan tidak munasabah untuk majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor yang dikatakan mencecah RM 1juta, ekoran pendedahan itu Sultan Selangor enggan hadir pada majlis yang dirancang kerana dianggap sebagai satu pembaziran,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan khusus dilakukan untuk menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Yayasan Selangor , apa yang diketahui hanyalah membabitkan pemecatan beberapa kakitangan sahaja.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan Selangor menyiasat dakwaan membabitkan Universiti Industri Selangor (Unisel) yang didapati hilang keyakinan di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menuntut di universiti itu.-UMNO-online

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Ampang 2011

Salam Semua Pembaca,

 

Semua adalah dijemput ke Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Ampang oleh YAB Presiden UMNO YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 12 Jun (Ahad) jam 3.00 petang di Bangunan UMNO Ampang, Jalan Ampang.

Majlis ini juga akan menyaksikan sejarah di mana perasmia Bangunan Baru UMNO Bahagian Ampang akan dilakukan oleh YAB Dato Sri Najib sendiri.

 

Semua Dijemput Hadir

 

1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda