Jangan Diam Diri, Isu RM80 Juta Duit Yayasan Selangor Lesap

Kerajaan Selangor dan pengurusan Yayasan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan Ketua UMNO Bahgaian Ampang, Datuk Ismail Kijo berhubung pendedahan mengenai pengurusan kewangan Yayasan Selangor.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Selangor Mohd Faizal Salleh berkata, suatu siasatan perlu dilakukan oleh berhubung pendedahan itu kerana membabitkan kepentingan orang ramai terutama orang Melayu di Selangor.

“Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan pengurusan Yayasan Selangor perlu beri penjelasan mengenai , perkara ini, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, ini wang rakyat dan mereka yang terbabit perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

“Penubuhan Yayasan Selangor untuk bantu pelajar Melayu kurang berkemampuan mendapatkan pendidkan ke peringkat lebih tinggi, jika Yayasan Selangor menghadapi masalah kewangan, di manakah mereka ingin dapatkan bantuan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ismail berhubung salah urus pentadbiran Yayasan Selangor sehingga menyebabkan kehilangan wang sebanyak RM80 juta dalam tempoh tiga tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor.

Faizal berkata, Khalid sebagai Menteri Besar dan penasihat kepada Yayasan Selangor tidak harus lepas tangan mengenai perkara itu, beliau sebagai Ketua Esekutif di Selangor seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu.

“Isu membabitkan Yayasan Selangor bukan isu baru, sebelum ini banyak perkara dibangkitkan mengenai kegagalan tadbir urusnya, tetapi sehingga kini tiada suatu tindakan khusus diambil berhubung perkara berkenaan.

“Ini termasuk kes perbelanjaan tidak munasabah untuk majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor yang dikatakan mencecah RM 1juta, ekoran pendedahan itu Sultan Selangor enggan hadir pada majlis yang dirancang kerana dianggap sebagai satu pembaziran,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan khusus dilakukan untuk menyiasat permasalahan yang dihadapi oleh Yayasan Selangor , apa yang diketahui hanyalah membabitkan pemecatan beberapa kakitangan sahaja.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan Selangor menyiasat dakwaan membabitkan Universiti Industri Selangor (Unisel) yang didapati hilang keyakinan di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menuntut di universiti itu.-UMNO-online

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s