Daily Archives: June 13, 2011

PM akui pembangkang pandai main persepsi…yang benar pun boleh nafi

pm-ampang513

 

Pemimpin UMNO dan BN mesti bijak menyusun strategi untuk menangani persepsi di minda  rakyat supaya mereka dapat melihat bahawa UMNO dan BN adalah parti terbaik, berkesan, bercakap benar dan membela rakyat.
“Politics is all about perception. Ia bukan soal realiti lagi. Pembangkang pandai main persepsi, Yang benar pun mereka boleh nafikan sebab mereka tahu politik adalah mengenai persepsi dan bukan kebenaran, “ kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang, Ahad. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO bahagian Ampan, Datuk Ismail Kijo.
Najib berkata menang kalah sesebuah parti bergantung kepada sokongan rakyat. “Kalau rakyat suka pada kita, mereka akan pilih kita. Tapi kalau rakyat tidak suka pada kita, atau lebih buruk lagi kalau rakyat benci pada kita, maka mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka dan seterusnya membentuk kerajaan,” katanya lagi.
“Persekitaran sudah berubah.Jika dulu, orang kata, letak songkok pun boleh menang. Tapi zaman sekarang dengan adanya ICT seperti Facebook, Twitter, Email, SMS, segala maklumat tidak lagi dikuasai oleh kita.
“Jangan kita fikir macam zaman dulu. Ya, UMNO wujud sejak 1946 dan berkuasa sejak Merdeka sampai ke hari ini. Tetapi kita mesti sedar persekitaran sudah berubah dan orang semakin cerdik memilih.
“Ini juga adalah kesan dari dasar yang kita buat. Kita yang beri pelajaran dan sediakan kemudahan, bukan orang lain. Kita yang buat perubahan besar kepada negara. Tetapi apabila kita membuat perubahan, kita juga mesti berubah. Jika tidak, UMNO dan BN tidak lagi relevan sebab orang lain akan dilihat sebagai lebih dinamik daripada kita walaupun pada hakikatnya, tidak.
Najib berkata, sebarang parti tidak akan dapat melakukan sesuatu perubahan dan memenuhi aspirasi rakyat serta tidak dapat melaksanakan agenda melainkan ia ada kuasa politik. Sehubungan itu katanya, setiap program dilakukan mestilah menghala kepada mempertingkatkan tahap sokongan rakyat kepada parti dan pemimpin di semua peringkat.
Najib berkata, kerajaan telah membuat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang terperinci, serta road map yang lebih jelas, tidak seperti pembangkang yang pandai berjanji. Katanya kerajaan tidak boleh bermain dengan menjual janji tetapi kerana ia adalah parti yang memerintah.
Najib seterusnya mengingatkan semua pemimpin UMNO supaya menjadikan kekalahan lalu sebagai pengajaran dan pemangkin semangat.

“Sebagai parti politik, UMNO sudah lama tertubuh dan belum pernah hilang kuasa mutlak, Kita sudah tahu pahit maungnya kalau hilang kuasa. Kita kena sedar kesannya kalau hilang kuasa. Jangan kita rasa merana saja. Jangan pula monyok muka. Jangan rasa inferiority complex (rendah diri). Kita kena belajar daripada kekalahan, kuatkan azam, rapatkan barisan dan jangan berbalah sesama kita,” katanya.
Najib turut mengingatkan pemimpin parti supaya berhenti mempersoalkan mengenai siapa yang bakal jadi calon pilihanraya. “Memanglah pemilihan calon atas nama saya sebagai pengerusi BN, tetapi saya tak akan buat keputusan semasa-mata atas dasar saya suka dia atau tak suka dia.
“Itu bermakna secara subjektif, orang Melayu sebut pilih kasih. Tetapi kalau saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab, saya mesti pilih orang yang disukai oleh rakyat dan boleh menjamin kemenangan.
“Kita tak boleh kata, eh saya dah “cop” kawasan ini. Ada saya dengar, “kalau orang nak tempuh kawasan ini, langkah mayat saya dulu.”. Itu tak boleh. Kalau letakkan orang jadi penyelaras atau apa, kita mesti tengok performance dua dulu.
“Maknanya kita mesti tengok sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau tidak. Kita mesti tengok sama ada dia disukai rakyat atau tidak. Kita kena tengok sama ada dia mempunyai pembawakan dan nilai moral sebagai pemimpin yang boleh dipilih sebagai calon.”
Pada sidang media selepas itu, Najib menolak dakwaan pembangkang bahawa kerajaan membela Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sehingga menyebabkan rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik.
“Ini modal mereka (pembangkang). Dalam keadaan sekarang, kita tahu bahawa IPP yang kita ada sekarang kebanyakan formulanya tidak lagi berat sebelah.

“Adalah tidak tepat mengatakan kita membela IPP. Kita lebih membela rakyat. Kita sedang berunding dengan IPP tertentu. Bila sampai masanya kerajaan akan huraikan dan beri kenyataan yang lebih lengkap,” katanya. – AGENDADAILY

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KERAJAAN NEGERI TEMBERANG RAKYAT.

SHAH ALAM: Rakyat di negeri ini dinasihati agar tidak lagi tertipu dengan temberang kerajaan negeri pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus (gambar) berkata, pengundi di negeri ini perlu mengambil iktibar kerana banyak janji pilihan raya kerajaan negeri masih gagal ditunaikan.
“Sudah terbukti kerajaan negeri sekarang temberang rakyat.
Pada pilihan raya umum lalu mereka menjanjikan pelbagai elaun kepada rakyat dari bayi hinggalah ke warga emas.
“Namun semuanya hanya janji kosong yang sehingga kini belum lagi ditunaikan.
Sekarang mereka mahu jual temberang lagi dengan Buku Jingga,” katanya.
Antara janji tersebut ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan
pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6,000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi…..

Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang berkata, beliau tidak mahu rakyat di negeri ini terus tertipu kerana kerajaan negeri hanya tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya.
“Janji-janji manis yang diluahkan itu sebelum pembangkang berkuasa.
Tapi lepas dapat kuasa lain pula jadinya, macam-macam alasan diberi.
Kita harap rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan janji kosong pakatan pembangkang,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda