Monthly Archives: July 2011

Selamat Berpuasa Untuk Semua

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah  diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa”           (Al -Baqarah:183)

 

Buat seluruh muslimin dan muslimat, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga segala amat ibadah kita diterima oleh Nya sepanjang bulan yang mulia ini. InsyaAllah

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ambiga Angkuh Ingkar Titah Agong

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga terus dikecam ekoran pengakuan terbukanya mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut dibidas kerana dengan sengaja mempersenda titah baginda yang mahu isu tuntutan Bersih diselesaikan melalui kaedah rundingan bagi mengelakkan kejadian huru-hara di jalanan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keberanian Ambiga mengaku secara terbuka itu jelas menunjukkan keangkuhannya yang tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

“Ambiga memang biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agung. Wanita ini tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi pijak.

“Malah pengakuannya membuktikan betapa angkuh dan biadapnya dia,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Ambiga pada Selasa mengakui secara terbuka bahawa Tuanku Mizan menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Malah beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

Selain itu Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Ambiga yang dengan jelas mempermainkan Yang di-Pertuan Agong.

“Terserah kepada kerajaan apa tindakan yang patut diambil. Kalau tanya saya, Ambiga patut dilucutkan kerakyatan saperti bapa perjuangan pendidikan Cina, mendiang Lim Lian Geok satu ketika dulu atas kesalahan derhaka kepada negara,” katanya.

“Beliau mempermainkan Yang di-Pertuan Agung. Jadi pada Perkasa, beliau mesti dilucutkan kerakyatan dan ianya akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.

Selain itu Pengerusi Bersama Himpunan Patriot (Patriot), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pengakuan Ambiga itu jelas memperlihatkan keberaniannya menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada istilah yang lebih sesuai dan berat perlu dilabelkan tehadap tindakannya itu melainkan derhaka, derhaka, derhaka dan derhaka,” katanya. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rakaman CCTV di bangunan Avenue K jawab isu kematian Baharuddin Ahmad

ematian suami kepada seorang ahli PKR cabang Setiawangsa,Kuala Lumpur  Baharuddin Ahmad dekat KLCC semasa demo haram Bersih juga cuba dijadikan isu sensasi oleh pembangkang dengan mendakwa ia akibat kekejaman polis.

Sedangkan video dari rakaman CCTV di bangunan Avenue K yang terletak di seberang jalan bangunan KLCC di Jalan Ampang – yakni di tempat kejadian jelas menunjukkan tiada semburan gas dan tiada anggota polis di situ.

Dari video itu jelas kelihatan Baharuddin berlari masuk ke dalam bangunan itu bersama peserta demo yang lain semasa polis menyuraikan demo di jalanan sekitar kawasan itu pada petang 9 Julai.

Tidak kelihatan seorang pun anggota polis mengejarnya sampai dalam bangunan itu.

Semasa mula berlari masuk dalam bangunan itu kelihatan dia mengurut dadanya seperti mengalami sakit jantung.

Selepas itu dia lari bersama-sama lain-lain ke dalam bangunan itu hingga tidak kelihatan menerusi CCTV.

“Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakwaan itu.

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid semasa tayangan video berkenaan kepada wartawan dan beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis.

[IMG]/images/stories/baha513.jpg[/IMG]

Beliau berkata dakwaan bahawa Baharuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan beliau disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Baharuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999,” katanya.

Salleh juga menjelaskan beberapa orang yang dikatakan anggota polis berada di tempat Baharuddin rebah dalam bangunan itu sebenarnya adalah anggota polis bantuan di situ dan bukan polis anggota polis biasa yang bertugas menyuraikan demo.-21/7/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Penipuan Kisah Cincin Berlian Jutaan ringgit Terbongkar

juak2 dorang ni…rasanya tolak makan dan minum je..lelain semua fitnah..

 

tq firdyfire

 

sila klik http://apanama2020.blogspot.com/

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo’Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa…

BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: “Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.”

Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna.

Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.

Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama.

Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.

Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini.

Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.

Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan (9) nyawa, seperti nyawa kucing.

Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati – mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.

Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976.

Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).

Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk.

Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.

Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.

Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan.

Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yang sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.

“Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar,” kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya.

Anwar cukup licik. Sebuah blog XPressMinda menyifatkan Anwar memiliki 9 nyawa. Seperti nyawa kucing.

Ikuti tulisannya:

SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak – tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.

1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis

* Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.

* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.

l Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.

 

2. Drama Keracunan Arsenik

* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.

* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.

* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.

* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

* Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.

* Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.

* Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.

* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk

* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.

* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.

* Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.

* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

 

5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang

* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.

* Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.

* Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

* Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.

* Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.

Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

 

6. Hikayat Ancaman Bunuh

* Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

* Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.

* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.

 

7. Sabotaj Kereta Azizah

* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.

* Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

* Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

* Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

* Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

* Walaupun logiknya patut Wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

 

8. Demo Jalanan

Bersih 2.0, 09/07/2011

* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.

* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.

* Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bersih 2.0 petang 9/7/2001, nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut.

* Demo haram Bersih 2.0 yang sepatutnya diadakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

* Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.

* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini.

9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.

Benar seperti kata Ku Li: ‘‘Saya tidak mahu kena tipu lagi…” – cuit zaini UM

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Kantoi Menipu

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ekslusif – Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar—PENIPUAN TERBESAR ABAD INI..YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA

TQ PAPAGOMO atas pendedahan ini….www.papagomo.com

 

Al Fatihah?

Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video diatas. memang menyedihkan apabila seorang yang sedang Nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu Biadap oleh Pihak Polis tampa memberi apa apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.

Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Itu kata mereka Blogg Blogg dan Media Pakatan Pembangkang sejak pada petang Sabtu sehinggalah ke hari ini. Mereka menyasarkan Video diatas dan Gambar gambar yang menunjukkan seolah olah Arwah Mati Shahid sewaktu Demo Bersih.

Video di atas dan Gambar gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen dan emelen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Gomo Simpati? Kasihan? Mari kita dedahkan KONSPIRASI TERANCANG yang mereka Pemimpin Pakatan Pembangkang dan Media mereka lakukan dalam menghasut Rakyat Malaysia.

Untuk makluman Lelaki didalam Video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang Broker tanah yang juga mempunyai Dua orang isteri.Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al Arqam.


Hebat Lakonan Sebelum Kematian
Memaparkan Si Mati Bersama Si Kafir
tanda Pakatan Rakyat yang Utuh

 

BAGAIMANA KONSPIRASI BERMULA

Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.

KRONOLOGI

 


Lakonan Suhardi Menjadi Imam


Hebat Lakonan Suhardi

Lihat Gambar Gambar di atas bagaimana Gambar Suhardi Mohd telah diambil lebih awal dan ianya ditunjukkan didalam pelbagai aksi seolah olah beliau menunjukkan tanda sebelum ajalnya.

Rakaman Video pula menunjukkan bagaimana Suhardi Mohd mengelupur ketika digari pihak Polis dan dalam masa yang sama beberapa orang berada disekitarnya mengucap Kalimah Syahadah.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

 

KENAPA SUHARDI MOHD DI TANGKAP POLIS?

Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja untuk pihak polis menangkap beliau kerana telah dirancang akan penangkapan itu. Untuk makluman Pihak Polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan namun akan menangkap mereka yang mencetuskan Provokasi.

Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa Kekecohan sehingga mencabar pihak Polis menangkap beliau. Dan akhirnya pihak Polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.

Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sejurus sampai di Hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu ini lah segala galanya terbongkar.

Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu Kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC.

Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tak putus putus mereka Media pakatan Pembangkang memainkan Gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video Suhardi Mohd yang pura pura mati disebarkan diseluruh medium sama ada Blogg, Facebook dan lain lain lagi.

Pada Mereka Pakatan Pembangkang Ianya Membawa Keuntungan Dalam Lakonan Palsu Kematian Suhardi Mohd ini.

Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawa nya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak mati tersebut. Suhardi Mohd yang kini masih menetap di Bangi difahamkan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis.

Oleh sebab itu lewat malam tadi berderet deret Blogg Blogg dan media Pakatan pembangkang mengeluarkan Artikel Ralat yang menyatakan bahawa gambar Suhardi Mohd bukanlah Gambar Arwah Baharudin yang sebenarnya meninggal dunia.

Agenda mereka dalam menghasut rakyat telah pun berjaya.

Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

 

WATAK WATAK LAIN DALAM KONSPIRASI!

 

Gambar diatas merupakan gambar Suhardi Mohd yang sedang Berlutut memohon Doa sambil seorang lelaki memgang Pembesar Suara.Gambar ini dimainkan didalam Media Pakatan pembangkang yang menunjukkan Kononya petanda Arwah akan meninggal dunia. Gambar ini memberikan simpati kepada arwah dan juga Pakatan Pembangkang.

Ini lah lelaki yang memegang Pembesar suara didalam gambar diatas tadi, Ketua Penerangan AMK Pusat Rozan Azean Mat. Penerangan yang mana mempunyai kaitan yang amat rapat dengan para Media pakatan pembangkang.

Topeng Perak @ Unmasked dilabelkan di Video yang telah disebarkan kepada Rakyat Malaysia bagi meraih simpati dan menghasut rakyat mempercayai bahawa pihak Polis telah melakukan kekejaman ke atas si Mati sepertimana yang ditunjukkan di dalam Video di atas tadi.

Topeng Perak @ Poji Blogger Pembangkang yang memang cukup dikenali dalam dunia Media baru dalam Malaysia. Blogger yang dikaitkan dengan Hussam Musa ini yang mana mendapat peruntukkan RM2 Juta pada tahun lepas bagi menggerakan Media Baru buat Pakatan pembangkang setelah menggantikan Blogger Kickdeffela.

Topeng Perak @ Kru nya berada disaat saat Arwah menghembuskan nafas nya yang terakhir dan ini bukanlah satu kebetulan kerana Konspirasi telah di rancang dan atas sebab itu hanya Beliau dan Kru nya sahaja yang berjaya merakam video tersebut. Oleh sebab itu Video tersebut di labelkan dengan nama beliau dan bukan dengan nama lain.

Apa yang Gomo sampaikan ini adalah kebenaran yang wajar buat Rakyat Malaysia ketahui, artikel semalam juga Gomo telah nyatakan bagaimana mereka Pakatan pembangkang memang sengaja tidak menyediakan Pasukan Perubatan bagi memastikan Kecederaan ataupun kematian berlaku bagi memberikan mereka keuntungan dalam Demo yang diadakan.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sekarang ini masih ada lagi media media Pakatan pembangkang yang memainkan sentimen Lakonan Palsu kematian Suhardi Mohd. Lihat gambar diatas yang mana gambar gambar di pengkebumian Arwah Baharuddin mangsa yang mati akibat sakit jantung. Diakhir gambar gambar tersebut diletakkan gambar Suhardi Mohd yang sedang memohon Doa walhalkan mereka sendiri tahu yang dikebumikan adalah orang lain dan yang memohon doa adalah orang lain.

Itulah sentimen yang mereka bawa dalam menghasut Rakyat Malaysia dan itulah juga bukti Konspirasi yang mereka rancang bagi menghasut Rakyat. Ini lah dia Pakatan Pembangkang yang sebenar, hebat dalam melakukan Konspirasi.

Semoga segala yang Gomo dedahkan memberi satu maanfaat berguna buat Rakyat Malaysia agar berhati hati dengan mereka Pakatan Pembangkang ini. Jangan hanya kerana RM200 yang di sogok kita menjadi Pencacai kepada mereka.


Gambar Sebenar Arwah Baharuddin Yang pada waktu gambar ini dirakam beliau masih lagi belum meninggal dunia dan sedang mendapat rawatan dari Anggota Polis serta Pegawai Perubatan Kerajaan Malaysia.

KENAPA GAMBAR SEBENAR TIDAK DI KELUARKAN
MEDIA PAKATAN PEMBANGKANG?

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ni ke yg digembarkan aman..anda yg provokasi..jgn salah kan org lain…kepala dia YB plak tu!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar & Ambiga kena belasah dengan PM Kita…Kah Kah Kah…

 

 

 

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda