Ambiga Angkuh Ingkar Titah Agong

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga terus dikecam ekoran pengakuan terbukanya mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut dibidas kerana dengan sengaja mempersenda titah baginda yang mahu isu tuntutan Bersih diselesaikan melalui kaedah rundingan bagi mengelakkan kejadian huru-hara di jalanan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keberanian Ambiga mengaku secara terbuka itu jelas menunjukkan keangkuhannya yang tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

“Ambiga memang biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agung. Wanita ini tidak ada adab dan tidak tahu mana langit dijunjung dan bumi pijak.

“Malah pengakuannya membuktikan betapa angkuh dan biadapnya dia,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Ambiga pada Selasa mengakui secara terbuka bahawa Tuanku Mizan menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.

Malah beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.

Selain itu Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Ambiga yang dengan jelas mempermainkan Yang di-Pertuan Agong.

“Terserah kepada kerajaan apa tindakan yang patut diambil. Kalau tanya saya, Ambiga patut dilucutkan kerakyatan saperti bapa perjuangan pendidikan Cina, mendiang Lim Lian Geok satu ketika dulu atas kesalahan derhaka kepada negara,” katanya.

“Beliau mempermainkan Yang di-Pertuan Agung. Jadi pada Perkasa, beliau mesti dilucutkan kerakyatan dan ianya akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.

Selain itu Pengerusi Bersama Himpunan Patriot (Patriot), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pengakuan Ambiga itu jelas memperlihatkan keberaniannya menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tiada istilah yang lebih sesuai dan berat perlu dilabelkan tehadap tindakannya itu melainkan derhaka, derhaka, derhaka dan derhaka,” katanya. – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s