Monthly Archives: August 2011
PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KEMERDEKAAN OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA #fb
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
YB Fuziah Menipu..!
Harap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.
Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 Rabu malam pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang,Kuantan yang digembar gembur oleh PKR adalah selamat.
Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat.
Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.
Pengakuan seorang terpelajar seperti ,Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri kata ‘ besi’ dan tidak boleh jadi bahan bukti.
Mungkin ramai lagi yang tidak puashati dengan cara bos mereka tangani isu yang libatkan kredibiliti dan bertentangan pendirian parti tetapi tidak berani bersuara macam Dr Che Rosli.
Dari pengakuannya dalam interbiu dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.
Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : “Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.”
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
“Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”
Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
“Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam.”
Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , “Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.
Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.
“Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.”
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.
[IMG]/images/stories/bantah2.jpg[/IMG]
“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.”
Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.
“Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung.”- 24/8/2011 – agendadaily
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Pembangkang tidak hormat raja
Pakatan pembangkang, PKR, DAP dan Pas dilihat semakin tidak menghormati institusi diraja sebagai payung perlembagaan negara berikutan tindak-tanduk mereka membelakangi entiti tersebut kebelakangan ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini terbukti apabila kerajaan PKR Selangor berbohong dengan mendakwa Sultan Selangor berkenan meluluskan penubuhan sebuah majlis syura berikutan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.
“Saya fikir kita patut mencari kebenaran isu ini, tetapi saya percaya Sultan Selangor kalau baginda kata baginda tidak bagi (luluskan penubuhan), itu yang patut kita percaya dan tentang orang politik ini, dia politiklah.
“Saya dapati parti pembangkang tidak menghormati institusi beraja, mereka lihat raja sebagai penghalang juga,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran Kejohanan Cabaran Basikal Bukit Langkawi (LIMBC) 2011 di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai telah menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam.
Bagaimanapun semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan akhbar bagi membetulkan keadaan bahawa baginda tidak pernah menitahkan atau menasihatkan penubuhan majlis sebegitu kepada kerajaan negeri.
Selain insiden terbaru itu, pembangkang sebelum ini turut menyokong kenyataan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan badan haram itu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir memberitahu, pihak pembangkang jelas gemar memanipulasi pertemuan mereka dengan sultan dan raja-raja Melayu yang menjadi simbol perpaduan negara.
“Mereka kalau boleh hendak gunakan raja untuk kepentingan mereka dan ini nampak jelas sekali,” tegasnya.
Kepada satu soalan, jelas beliau, rakyat serta para pemimpin diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada kuasa asing yang sentiasa cuba menyerap masuk demi mencari kekayaan seperti hasil minyak dan sumber lain.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Kerajaan PR aka Penipu Rakyat menipu lagi… #fb
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.
Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.
Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.
Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.
Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.
Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.
Beliau menambah, pendirian Sultan Idris berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.
Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.
Semua media memetik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.
“Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.
“Pada masa sama, saya juga telah berjumpa dengan Mufti Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin.
Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.
Abdul Khalid turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.
Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.
“Keutamaan kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Kompas mohon maaf kepada Najib dan keluarga #fb
Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini, Ahad.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lepas berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada hari Khamis.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.
“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.
Dalam pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.
“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).
“Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa,” Najib dipetik sebagai berkata.
Perdana menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.
Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.
“Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat,” kata Najib.
Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih
kerajaan secara adil dan bebas.
“Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat,” Najib menjelaskan.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak
menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.
Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.
“Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global – hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.
“Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat,” kata Najib.
– Bernama
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Pendedahan Kedua Video DUMC.!!! #fb
Nauzubillah…Ya Allah…lindungilah keluargaku dan saudara2 seagamaku dari dakyah dan gerakan murtad. Ya Allah lindungilah kami dari anasir2 ini dan selamatkan lah negara kami ini dari gerakan2 musuh Islam yang semakin hari semakin berani membawa keluar umat mu Ya Allah.
Pendedahan video ini harus dipandang dari sudut yg lebih luas…bukan dari sudut politik. Kepimpinan PAS terus menuding jari mempersalahkan UMNO dari tindakan JAIS ini yang terang2 menunjukkan bahawa ada umat Islam yg sedang cuba dimurtadkan.
Tolak tepi idealogi politik….bukan masa utk menuding jari…..betul mmg ada kes murtad tapi kes DUMC ini sudah terang lagi bersuluh…jgn kuman seberang jalan kita nampak…..tapi gajah depan mata kita buat2 tak nampak.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda