Serbu gereja: Khalid arah semua exco tutup mulut….

Malu dilihat tidak ‘berlaga angin’ dalam kerajaan sendiri, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengarahkan semua exco-exco nya berdiam mengenai isu serbuan JAIS ke atas sebuah geraja di Petaling Jaya.

Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu.

Beliau juga masih menunggu laporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut,” katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan.

“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 -agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s