JAIS Buat Penjelasan Mengenai Tindakan Di Gereja

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

“Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Marzuki berkata: “Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Marzuki berkata, seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.

Katanya, JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.

“Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan berkenaan. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur,” katanya.

Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s