Kerajaan PR aka Penipu Rakyat menipu lagi… #fb

Sultan S’gor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.

Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.

Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.

Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.

Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.

Beliau menambah, pendirian Sultan Idris berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

Semua media memetik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

“Penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan saya menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

“Pada masa sama, saya juga telah berjumpa dengan Mufti Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin.

Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Abdul Khalid turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

“Keutamaan kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s