Monthly Archives: August 2011

Tak sampai 7 hari, PAS kantoi dah… Klik tengok!

Dewan Pemuda PAS, memberi tempoh tujuh hari untuk Kementerian Dalam Negeri menjawap isu Mismah yang telah mendapat kelulusan kewarganegaraan dalam tempoh 4 jam dan begitu singkat. Jika KDN gagal jawab, mereka akan bawa perkara ini kepada perdana menteri. Jika juga, tiada jawapan, kita akan anjurkan perhimpunan awam,”menurut Malaysiakini semalam selepas Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Apa yang tersiar di muka akhbar Sinar Harian hari ini, telah memberi jawapan kepada Dewan Pemuda PAS dalam masa tak sampai 2 hari pun…

Isu yang menjadi hebahan dan putar belit sesetengah pehak terutama blog-blog pembangkang selama ini teryata hanya fitnah serta tidak berasas..

Lihat pengakuan individu terbabit dan ini buktinya:

 

Terima kasih kepada Sinar Harian kerana menolong kami jawab tuduhan berat pembangkang.

Kepada blogger pembangkang yang kaki fitnah termasuk pemimpin PAS, bertaubatlah. Tak malu ke fitnah orang di bulan puasa ni? Cukup-cukup lah tu, menipu rakyat!

 

sumber: http://maelpengerang.blogspot.com/2011/08/tak-sampai-7-hari-pas-kantoi-dah-klik.html

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

JAIS Buat Penjelasan Mengenai Tindakan Di Gereja

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan bahawa pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis hanya menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lepas.

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis “Thanksgiving Dinner” di sebuah gereja.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat itu satu operasi pemeriksaan telah dijalankan bersama anggota polis kira-kira pukul 9.45 malam.

“Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Marzuki berkata: “Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam.

Marzuki berkata, seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh anggota penguatkuasa JAIS pada malam itu.

Katanya, JAIS merasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menyatakan pemeriksaan itu dilakukan secara tidak beretika oleh anggota penguatkuasa JAIS.

“Selepas majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang tamat, barulah pemeriksaan dijalankan di dalam dewan berkenaan. Dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja anggota penguatkuasa JAIS dan polis telah diarahkan keluar dari dewan tersebut oleh penganjur,” katanya.

Biarpun tindakan penganjur itu seolah-olah mempertikaikan kuasa JAIS dan polis dalam menguatkuasakan undang-undang ke atas orang Islam, JAIS dan polis tidak menggunakan kuasa mereka untuk membuat tangkapan, kata beliau. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

NGO Cegah Murtad Ditubuh

Selepas seminggu isu dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Seksyen 13 Petaling Jaya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar sebagai Gerakan Cegah Murtad (GCM) ditubuhkan bagi menyokong tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) memelihara kesucian Islam.

Dianggotai 25 NGO berdaftar, gerakan berkenaan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berterusan JAIS dengan menggunakan kuasa yang ada mengikut undang-undang bagi menangani isu murtad.

Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin berkata, isu murtad seharusnya diuruskan dengan profesional dan efisyen tanpa campur tangan politik.

“JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik.

“Akidah umat Islam adalah lebih penting dan tiada ternilai berbanding dengan politik murahan yang dimainkan sesetengah individu untuk meraih undi hasil daripada keberantakkan umat Islam dalam isu ini,” katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada JAIS di pejabat jabatan penguatkuasa agama itu.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada Ketua Penguatkuasa JAIS, Rais Rasid.

Isu murtad di Selangor menjadi kontroversi apabila JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu selepas mendapat maklumat bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di dalam gereja berkenaan.

Selain itu Hamidzun berkata, dakwaan terbaru cubaan memurtadkan umat Islam baru-baru ini merupakan satu perkembangan yang membimbangkan.

GCM juga berharap pemimpin politik Islam bersatu dan perlu melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas demi kepentingan agama Islam sendiri.

“Kami rakyat Selangor menggesa pemimpin umat Islam tidak bertelagah sesama sendiri dalam menangani isu ini.

“Pemimpin Umno dan PAS serta pemimpin Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajib melihat isu ini merentasi ideologi, agenda dan fahaman politik,” katanya.  – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Murtad – Kenyataan Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kalau dilihat daripada awalnya, para pendokong pembangkang begitu beria untuk cuba mengelakkan diri dari bertanggungjawab dan terus menuding jari dengan mengatakan bahawa perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa KDYMM Sultan Selangor. Malahan, tanpa usul periksa dan semberononya, mereka juga tampil dengan dakwaan bahawa ia adalah suatu konspirasi Kerajaan Pusat.

Namun, segalanya berubah dan sepi sejurus selepas YAB Menteri Besar Selangor bersuara kerana mereka tahu bahawa pihak Kerajaan Negeri harus memikul tanggungjawab dan menjawab segala persoalan berhubung isu ini. Walau bagaimanapun, apa yang amat mengecewakan adalah adanya cubaan untuk melengah dan memerapkan isu ini dari perhatian umum dengan tiadanya sebarang tindakan susulan.

Bagi kami, helah sedemikian amatlah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sesuatu yang amat sensitif bagi kedua-dua masyarakat Muslim dan Kristian di Malaysia, yang sedang memerhati dan mengikuti kes ini. Malangnya, disebalik kesedaran Menteri Besar tentang betapa sensitifnya kes ini, beliau telah memilih untuk berlengah dan menyorok di belakang tabir JAIS walaupun beliau sepatutnya harus segera menyiasat kes ini bagi mengambil tindakan perlu yang wajar.

Bagi masyarakat Muslim, kegusaran mereka tertumpu kepada isu murtad atau keluar agama. Ini disebabkan bukan sahaja sebarang langkah bagi mengembang kepercayaan agama lain kepada penganut Islam adalah ditegah oleh Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, malahan penukaran agama atau murtad adalah satu dosa yang amat besar di dalam Islam. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa cubaan untuk memurtadkan penganut agama Islam di gereja tersebut adalah suatu yang amat serius.

Pada waktu ini, gambaran yang sebenar masih lagi kabur. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil-wakil masyarakat Kristian berhubung isu ini, kejadian tersebut tidak lebih daripada Majlis Makan Malam Kesyukuran (a thanksgiving dinner). Namun, terdapat pula pihak yang menyangkal kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa ia bukan sekadar majlis makan malam dengan bukti borang soalan tentang agama Islam yang didakwa dikoyak dan dibuang sejurus sebelum pihak penguatkuasa JAIS menyerbu masuk.

Manakala bagi masyarakat Kristian, mereka tersinggung dengan serbuan dan menganggapnya sebagai suatu penindasan, pembulian dan tiadanya sikap toleransi. Disamping itu, sudah pastinya mereka kecewa akibat disalah tuduh sekiranya dakwaan adanya usaha-usaha bagi memurtadkan orang Islam di gereja tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Oleh itu, apa yang mustahak sekali adalah bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk tampil bagi menjelaskan  isu ini, sekarang tanpa bertangguh lagi.

Dalam hal ini, sekiranya Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan Pemuda PAS telah berpuas hati dengan penjelasan JAIS, persoalannya apakah pula yang ditunggu-tunggu oleh Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan negeri berhubung isu ini? Pada masa yang sama Dato’ Dr Hasan serta Pemuda PAS haruslah juga tampil ke mata umum untuk menjelaskan sebab dan asas bagi mereka berpuas hati dengan tindakan JAIS. Ini kerana kita tidak boleh menerima apa yang mereka kata bulat-bulat. Masyarakat umum juga mahu tahu apa bukti yang meyakinkan mereka untuk menyokong JAIS? Oleh itu, amatlah penting kepada masyarakat Islam dan Kristian untuk mengetahui apakah bukti dan laporan yang telah mereka terima sehingga memuaskan hati mereka dengan asas serbuan pada 3 Ogos itu.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO juga ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh terus menyalah dan menolak bantuan kemanusian atau kewangan yang dihulurkan oleh sebilangan pihak gereja kepada mereka yang dhaif dan memerlukan. Ini kerana bantuan tersebut sememangnya ditagih dan membantu golongan miskin di saat memerlukan. Namun, apa yang tidak boleh diterima oleh orang Islam adalah apabila bantuan tersebut diberi dengan bermotif atau diselitkan dengan usaha untuk memurtadkan mereka yang mana bukan sahaja suatu yang salah bagi penganut agama Islam bahkan menyanggahi ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, episod sebegini merupakan suatu peringatan kepada kesemua institusi yang menyelenggarakan kutipan wang zakat untuk berusaha lebih giat di dalam mengenal pasti serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf penerima zakat, terutama yang fakir dan miskin. Sungguhpun kita tidak menolak inisiatif dan bantuan mana-mana pihak , tetapi institusi zakat haruslah bersedia dan mampu menjadi tempat pertama bagi orang Islam untuk memohon bantuan di kala memerlukan.

Disamping itu, kepada pihak yang beranggapan dan berkata “janganlah takut tak keruan, takkanlah orang Islam senang sangat nak tukar agama sebab dapat bantuan”, kami nak tegaskan kepada mereka supaya berpijak di bumi yang nyata. Ia mungkin suatu yang lunak dan mudah diungkap oleh mereka yang hidup dengan selesa berselimutkan kehidupan kelas menengah tetapi tidak sama sekali bagi sebilangan besar golongan miskin yang begitu terdesak sehingga terpaut dengan sebarang bantuan kewangan untuk menukar agama mereka. Bahkan perkara ini bukan suatu fenomena yang asing atau baru.

Sebagai kesimpulannya, Pemuda UMNO amat serius memantau isu murtad atau pertukaran agama. Bagi kami, tiada sebarang kompromi di dalam perkara yang melibatkan aspek akidah. Oleh itu, kami mendesak agar rakyat diberikan bukti dan laporan tentang perkara ini dan pada yang sama jangalah kita mudah untuk saling tuduh menuduh. Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri Selangor harus tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan berhubung insiden serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama sekarang juga, tanpa berdolak-dalih lagi. Sebarang usaha untuk melengahkannya adalah suatu yang amat tidak bertanggungjawab dan dan hanya menempah ketidakstabilan rakyat dan negara. Sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorokkan perkara ini  dari rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sahaja sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hentikan Politik Di Kampus, Titah Sultan Selangor

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu.

Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka untuk mengajar dan berhenti daripada berpolitik di kampus kerana ia boleh menjejaskan masa depan pelajar, titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya di sini.

Baginda bertitah adalah amat merugikan sekiranya seseorang pelajar itu membuang masa untuk berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik.

“Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.

“Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah baginda telah menerima pengaduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di UNISEL dan jika ini berterusan, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti ini.

“Beta telah dimaklumkan bahawa terdapat pergolakan di dalam pengurusan UNISEL tetapi Beta berangkat juga ke UNISEL pada hari ini kerana merasmikan Masjid UNISEL dan berjumpa dengan penuntut-penuntut di sini,” titah Baginda.

Sekiranya politik dalam kampus terus berlaku, ia akan menjadi satu kerugian kepada universiti ini dan juga kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini akan menjadi projek Gajah Putih nanti, titah Baginda.

Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak pengurusan tertinggi UNISEL termasuk dekan dan pensyarah institusi itu supaya sentiasa bersepakat menaikkan taraf UNISEL sebagai salah sebuah universiti yang terbaik daripada segi teknologi, operasi dan pengurusan kewangannya.

Baginda percaya dengan persefahaman dan kerjasama erat di peringkat dalaman, Unisel akan menjadi satu institusi pengajian yang terunggul dan berkualiti yang diiktiraf di peringkat negeri, negara dan seterusnya antarabangsa.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 193 pelajar UNISEL dari keluarga miskin.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. – BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kantoi ! ! – Ini dia wajah Makcik Hajjah Sitt yang menghina Nabi Muhamad SAW

Inilah wajah sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang menghina Nabi Muhamad saw dalam FB tidak berapa lama dahulu yang didedah sahabat blogger Panglima Harimau.


Pendedahan oleh Gaysec

Nama sebenar betina sundal ini ialah Nor Alene Tan binti Khalid No KP:850626-14-6572 dan tidak dapat dipastikan bangsa apa spesis haramjadah ini.Dalam FB yang menganjurkan Murtad dan Atheis nya terdapat sekeping gambar dia bersama MARINA TUN MAHATHIR.Jadi perangai pelik Marina mungkin banyak dipengaruhi dengan berkawan dengan spesis sundal macam betina ini.

Gambar gambar ihsan 1peluru blogspot

Mari kita sebarkan identiti betina sundal ini yang selama ini berselindung disebalik nama Makcik Hajjah Sitt dan terus terusan menghina Nabi Muhamad saw dan menganjurkan murtad dalam Malaysian Apostate FB Group nya.
Baca seterusnya DISINI

Terima kasih sahabat maya Gaysec dan Panglima Harimau diatas pendedahan ini.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Serbu gereja: Khalid arah semua exco tutup mulut….

Malu dilihat tidak ‘berlaga angin’ dalam kerajaan sendiri, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengarahkan semua exco-exco nya berdiam mengenai isu serbuan JAIS ke atas sebuah geraja di Petaling Jaya.

Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu.

Beliau juga masih menunggu laporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini.

“Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut,” katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan.

“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 -agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pas Amal Politik Sampah Sarap Sebab Nik Aziz Sendiri Dikelilingi ‘Sampah’

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Mat melihat kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai ‘sampah’ bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Katanya, pembangkang sendiri menggunakan politik sampah sarap jadi sudah pastinya mereka akan melihat individu lain juga sebagai sampah sebagaimana umumnya pembangkang yang saban hari bergelumang dengan ‘sampah’.

“Nik Aziz menyifatkan orang yang melompat parti adalah ‘sampah’ dan tempat serangga bersarang jadi maknanya beliau sendiri berkawan dan dikelilingi oleh sampah-sampah kerana dalam pembangkang itu terdiri dari mereka yang melompat parti malahan semua anggota PKR adalah ‘sampah’ kerana dahulunya mereka anggota UMNO,” katanya kepada UMNO-Online.

Sebelum ini Zahrain telah mendakwa Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelantikan Ketua Pembangkang yang baru tetapi ia telah dinafikan oleh Nik Aziz.

“Antara Zahrain dan Nik Aziz, siapa yang menipu dan siapa yang bercakap benar terserah pada mereka kerana Allah tahu semuanya dan yang pasti, siapa menipu maka mereka akan mendapat dosa, dan kemudian tentunya akan satu dosa lagi apabila melabelkan orang lain sebagai ‘sampah’ sedangkan Zahrain itu manusia.”

Ujarnya, jika benar Nik Aziz itu ulama maka tentunya beliau tidak akan memberikan gelaran yang buruk kepada oarang lain apatah lagi dalam bulan Ramadan.

“Nik Aziz dah mengatakan bahawa Zahrain sampah, dan jika kita mahu membetulkannya kerana Zahrain adalah manusia tentunya dia tidak akan percaya kerana dia memang nampak sampah, hari-hari dikelilingi sampah, dia bercakap pun jadi sampah jadi tak gunalah kalau nak yakinkan pada Nik Aziz yang Zahrain itu manusia. Dia akan tetap kata sampah juga,” tegasnya.

Justeru, beliau menjelaskan sekiranya Nik Aziz berpandangan individu yang melompat parti adalah sampah maka begitulah juga dengan ahli-ahli UMNO/BN yang menyertai Pas/PKR/Dap.

“Janganlah bila pembangkang masuk BN atau berikan sokongan pada BN mereka katakan sampah dan jika ada ahli BN masuk dalam pembangkang mereka akan katakan bahawa itulah bunga atau buah atau sebagainya. Kiranya semua sama, masuk sini sampah dan kalau masuk sana pun sampah juga.”

Beliau turut merujuk kepada para pemimpin pembangkang yang sebelumnya anggota BN sebagaimana Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, Yong Teck Lee dan semua anggota PKR termasuk Khalid Ibrahim dan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim.

“Jika yang lompat parti itu sampah bagaimana pula yang keluar parti kemudian tubuh parti lain dan serang pula parti yang dahulunya menjadi naungan politiknya sendiri, tentunya itu lebih teruk lagi dan boleh menjadi seperti ‘sampah sarap’ sebagaimana Anwar yang menjadi kepala dalam semua ‘sampah’ yang ada,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi pandangan Nik Aziz, sampah tidak mendatangkan apa-apa hasil sebaliknya dalam BN sampah boleh jadi macam-macam sehinggakan ada individu yang melakukan perniagaan dan maju kerana bersumberkan sampah.

“Sampah ini mereka tengok tak berguna tapi sekarang dengan sampah jika dikitar semua dan melalui pelbagai proses akan dapat mendatangkan keuntungan kepada kita. Itulah yang dilakukan oleh BN dan berbeza dengan Pas atau parti-parti pembangkang yang lain,” katanya. – MediaUMNO

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa di keliling Ku LI?

DALAM beberapa minggu ini timbul cerita mengenai Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li.

Beliau selama ingatan kita sejak beberapa tahun ini, tidak begitu dipedulikan, baik musuh atau kawan. Tiba-tiba beliau muncul semula.

Pihak-pihak tertentu mengangkat putera raja Kelantan itu sebagai presiden sebuah NGO baru bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), menggunakan perkataan ‘angkatan’ seiras Angkatan Perpaduan Ummah (APU) – gabungan antara Pas dan Semangat 46 dulu.

Apa tujuan mereka mempergunakan Ku Li? Apa motif pertubuhan baru ini? Apakah ia mahu menyaingi dengan Perkasa; atau ia adalah satu lagi Perkasa tapi dalam komposisi berbilang kaum?

Apakah akhirnya Perkasa dan Amanah akan bergabung dan membentuk sebuah parti politik?

Apakah Ibrahim Ali mahu bergabung dengan Ku Li? Tidak mustahil kerana Ibrahim pun dikenali sebagai orang kuat dan pengikut setia Ku Li.

Struktur Amanah juga sedang bergerak ke akar umbi dengan dikembangkan ke peringkat negeri atau kawasan, seolah-olah rangka sebuah parti politik.

Jika dulu teori saya mengatakan orang Melayu pecah enam – Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar dan Melayu Liberal – kini ia sudah menjadi tujuh iaitu Melayu NGO seperti ini.

Melayu NGO ini mungkin ada di kalangan enam itu, tapi kini mereka mahu berdiri sendiri. Nampaknya orang Melayu memecahkan kuasa mereka kepada lagi kecil. Maka yang majoriti di Malaysia akan menjadi minoriti dan yang minoriti menjadi majoriti, untuk menentukan hala tuju kuasa politik negara ini.

Atau mungkin juga kuasa penentu politik tanah air sudah tidak lagi relevan diterajui oleh orang Melayu? Jika itu benar, dan boleh diterima oleh semua pihak, maka biarkanlah ia berlaku.

Tiba-tiba ketika Amanah, yang dilancarkan pada 22 Julai itu tenggelam sedikit, timbul pula cerita ada cubaan memujuk Ku Li memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes liwat di peringkat akhirnya.

Wah, nama Ku Li kini benar-benar disebut semula. Dalam usianya di pertengahan 70-an, peranannya masih diiktiraf.

Benarkah dengan semua khabar angin ini atau ia hanya satu perang psikologi pihak-pihak tertentu? Persoalannya, siapa yang merangka percaturan ini? Perlu disebut, pokok tak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.

Tidak mustahil juga ia boleh berlaku. Ku Li ini dikenali sebagai pakar mereka percaturan besar, atau grand design. Bermula dengan keazamannya mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah political animal yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini.

Namun, siapa di kelilingnya? Beliau sudah tentu mempunyai teamnya untuk menggerakkan grand design ini.

Seorang sahabat yang juga seorang penganalisis politik berkata “semua di kelilingnya sekarang ada penyakit.” Tapi walaupun mereka adalah orang bermasalah dalam kerjaya politik masing-masing, kemunculan mereka tidak boleh di pandang ringan.

Bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah penggerak utama team Ku Li sekarang. Bekas menteri Kabinet dalam BN selama lebih dua dekad itu kini sudah tidak aktif dalam UMNOkah? Difahamkan beliau ialah the prime mover dalam Amanah, kata satu sumber.

Apa perjuangan yang mahu ditunjukkan oleh Kadir? Sepatutnya sebagai bekas menteri, bantulah kerajaan yang ada hari ini, bukan sebaliknya.

Tapi, mengenali latar belakang Kadir, beliau amat setia kepada Ku Li dan pernah bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46 dulu, sebelum dibawa masuk ke dalam politik arus perdana oleh Dr. Mahathir.

Tamrin Ghafar – anak Tun Ghafar Baba juga kini bersama-sama Ku Li. Tamrin juga ialah seorang yang gagal dalam politik. Pernah masuk Pas dan pernah juga menjadi ahli Al-Arqam. Begitu juga Mazlan Harun, anak Tan Sri Harun Idris juga bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46.

Bekas Presiden MCA yang disingkirkan oleh parti itu, Ong Tee Kiat dan bekas Timbalan Presiden MIC yang juga seteru ketat Samy Vellu, S. Subramaniam (Datuk Subra) dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim juga bersama-sama Ku Li sekarang. Mereka memegang jawatan penting dalam Amanah.

Selain mereka ialah Wilfred Bumburing, Bujang Ulis dan Daniel Tajem, mewakili kaum Pribumi Borneo.

Sebagai anak raja sehinggalah menjadi orang terpenting kepimpinan negara satu ketika dulu, kita tidak boleh salahkan Ku Li. Ku Li tentunya naik ‘syok’ apabila ada orang yang mahu mengangkatnya semula.

Tapi yang menjadi kekhuatirannya apa pula agenda, motif dan objektif orang-orang kelilingnya itu.

Semua orang keliling itu ialah orang yang sudah tamat tarikh luput atau hampir luput.

Namun, apa sekali pun Ku Li tetap Ku Li. Beliau mempunyai karekter politik yang hebat. Pernah tidur sebantal dengan Nik Aziz dalam APU sehinggalah membakar jambatan dengan Tok Guru itu.

Jika beliau berani menentang Dr. Mahathir, siapalah Nik Aziz.

Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak.

Pada pendapat kita, beliau mungkin tidak akan jadi begitu sekiranya dia diberi sedikit peranan penting dalam negara.

Difahamkan majlis berbuka puasa Ku Li ialah pada 7 Ogos ini. Kita lihat siapa yang akan berdamping dengannya? agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda