Daily Archives: September 6, 2011

Cabar debat : Mat Sabu pass pada Pemuda PAS…Khairy kata bacul dan tiada maruah

Ikut hukum akal biasanya orang yang asal buat bising yang wajib tampil mempertahankannya. Namun lain pula dengan Mohamad [LINK=Sabu@Mat]Sabu@Mat[/LINK] Sabu.Takut ke…atau nak[I] control macho[/I] ?

Ini yang menjadi tandatanya ramai, Isnin, apabila Timbalan Presiden PAS ini menolak persertujuan Khairy Jamaluddin untuk berdepan dengannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu sendiri beri respon itu sebagai menjawab undangan PAS bagi diadakan majlis debat isu peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.

Memamg bergegarlah kalau kedua-duanya berentap di atas pentas. Apa lagi Khairy kata beliau tidak kisah sekalipun di ‘kandang singa’ yakni di Balai Islam Lundang di Kota Bharu.

Namun Mat Sabu kata beliau lebih merasa sesuai Pemuda UMNO lawan Pemuda PAS.

Khairy dalam reaksinya menilai Mat Sabu kalah sebelum bertempur.

Bacul dan tiada maruah itu katanya tentang sikap Timbalan Presiden PAS itu.

“Sekretariat mewakili Kerajaan PAS Kaelatan yang cadangkan saya (Ketua Pemuda) lawan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Bukan saya yang cadang,” katanya.

Khairy tidak dapat terima alasan Mat Sabu kerana Datuk Husam Musa sendiri pernah berdebat dengannya di Balai Islam Lundang.

“Bermulalah spin Pakatanis. KJ bukan menteri lah so tak layak lawan Sabu. Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihanraya. YB pun tidak,” katanya menerusi laman twitternya.

“So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya.

Apapun kata Khairy beliau tiada masalah untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi.-5/9/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda