Daily Archives: September 26, 2011

Sekitar Rumah Terbuka UMNO Cawangan Jalan Enggang

Terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada semua AJK yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini.

 

 

Sebahagian AJK yg bertungkus lumus menjayakan majlis..SYABAS

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Semua pemimpin DAP Pusat ugut nak letak jawatan jika terima Hudud sebagai agenda Pakatan Rakyat

KALAU sebelum ini PAS sering mendendangkan mereka berjaya ‘dakwah’ DAP mengenai Islam kerana mahu tunjuk hubungan akrab dengan parti komponen Pakatan Rakyat itu, kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Ahad petang, pada PAS, “bikin rosak ana punya program”.

Malah ia lebih ekstrem dari ancaman yang pernah dibuat Karpal Singh satu ketika dulu.Pengerusi DAP itu cuma menawarkan ‘ mayatnya’ seorang  dilangkah oleh PAS jika mau laksana Negara Islam di Malaysia.Sebaliknya kini seluruh pimpinan DAP bersatu suara tegas memberi amaran kepada PAS tentang isu hudud.

Manakan tidak, Guan Eng bagi kata dua pada PAS dan PKR, bahawa seluruh kepimpinan pusat parti bertunjungkan kaum Cina itu akan letak jawatan  jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam polisi Pakatan Rakyat.

Lebih mengharu-birukan lagi, bila kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat beberapa jam selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Rabu depan pakatan pembangkang akan duduk semuka bincang soal Hudud.

Guan Eng yang yang ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan berkata  bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam polisi bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda pembangkang itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan (dari DAP),” kata beliau.

Kata mudahnya, satu bentuk penggorbanan besar pemimpin DAP, bahawa jika PR mahukan Hudud, mereka tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat, sebaliknya letak jawatan beramai-ramai dari memimpin DAP.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Guan Eng lagi.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh pada Sabtu lepas meminta pakatan pembangkang mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan soal rancangan PAS melaksanakan hukum hudud.

Sementara itu, Bernama melaporkan, di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan PAS Kelantan akan tetap memastikan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu melalui sistem perundangan Mahkamah Syariahnya.

Beliau berkata kerajaan negeri itu sedang menggubal Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud).

“Usaha kami ialah mahu memasukkan enakmen hudud ini dalam Mahkamah Syariah Kelantan dan kami orang politik mahu membawa usaha ini ke arah itu (sehingga terlaksana).

“Apabila siap ia boleh dijadikan panduan oleh hakim-hakim (Mahkamah Syariah) dan hakim ini tahu bagaimana melaksanakannya. Hukum hudud ini sebenarnya tidak zalim kerana ia lebih berbentuk pengajaran dan berperikemanusiaan,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2011 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.

Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun tidak menetapkan bila pelaksanaan hukum hudud itu akan mula dilaksanakan di semua Mahkamah Syariah negeri itu.

Menteri Besar Kelantan itu turut memaklumkan beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat pakatan pada Rabu ini kerana kesihatannya tidak mengizinkan.-25/9/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hudud: Drama terbaru dalam panggung Pakatan

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdolak dalik lagi berhubung perjuangan parti itu khasnya pelaksanaan hukum hudud di bawah pentadbiran PAS, apabila kenyataan terbarunya membelakangkan keputusan muktamar PAS yang kononnya mahu menegakkan sebuah negara berkebajikan.

Selepas kejutan Jun lalu, rakyat disemaikan dengan fikiran kononnya perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sudah berkubur. Bagaimanapun, edisi kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu tidak semena-mena membangkitkan semula isu lama mahu terus menunaikan niat dan janji melaksanakan hukum hudud yang terpendam sejak 20 tahun lalu.

Seperti biasa, kenyataan Nik Aziz mendapat tentangan DAP. Hanya beberapa jam selepas Nik Aziz membuat kenyataan mengenai hasratnya itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh melenting.

Walaupun nampak tidak sekeras ugutan supaya melangkah mayatnya dulu Karpal memberi hujah politik dan undang-undang mengenai mengapa penubuhan kerajaan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam suasana rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Agak menarik apabila melihat Nik Aziz amat tegas dengan pendiriannya dan seolah-olah tidak kisah sekiranya Karpal meleraikan ikatan pakatan yang tidak pernah dimeterai secara rasmi. Menteri Besar itu seolah-olah mahu menghalau DAP jika parti bertunjangkan bangsa Cina itu terus membantah niat PAS menubuhkan kerajaan Islam dan hukum hudud.

Perhatian rakyat selepas ini sudah pasti bertumpu kepada reaksi DAP. Apakah ia mahu terus diheret dalam kancah konflik identiti PAS yang masih kabur antara agenda menubuhkan negara Islam atau negara kebajikan… atau membuat keputusan tegas membabitkan kerjasama dengan PAS.
Bagi PAS pula, ahlinya tersepit antara perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam di kalangan golongan ulama dan agenda untuk menawan Putrajaya di kalangan pemimpin muda yang lebih liberal.

Bagi pengkaji politik, ramai melihat Nik Aziz yang disanjung sebagai ulama PAS, terus berdolak dalik berikutan kegagalan parti itu melaksanakan undang-undang Islam terutama di Kelantan. Pendirian tidak tetapnya itu menyebabkan rakyat memandang sinis terhadap kewibawaannya sebagai pemimpin serta ulama dan menganggap ia sebagai permainan atau drama politik.

Jika Nik Aziz ghairah melaksanakan hukum hudud, rakyat juga sebenarnya tidak sabar melihat sejauh mana keberanian parti itu berbuat demikian, khasnya dalam menghadapi kecaman daripada DAP.

Secara terbuka DAP sudah pun menjelaskan pendirian bahawa langkah mayat mereka dulu sebelum PAS melaksanakan sebarang undang-undang Islam, apa lagi impian mereka untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Daripada senario semasa, Nik Aziz tidak lagi mempunyai alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkenaan, kerana orang yang disebutnya sebagai penghalang utama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan lagi Perdana Menteri.

Baru-baru ini, Dr Mahathir secara sinis membuat kenyataan terbuka bahawa Nik Aziz tidak perlu lagi teragak-agak untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan.

Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hukum hudud). Pi la tanya Najib, kot dia nak bagi ini. Ini dia dok salahkan saya, kononnya pasal saya (PAS) tak dapat laksanakan hukum hudud, tegas Mahathir

Mungkin dalam hal ini, Najib yang telah bertolak ansur dan memberi pertimbangan serius dalam banyak isu sensitif termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), boleh mengkaji semula surat terbabit dan memberi kebenaran kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk cuba membuat pindaan perlembagaan peringkat negeri.

Nik Aziz perlu diberi peluang untuk melaksanakan undang-undang, kerana kerajaan PAS Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Azizan Abu Bakar tidak berani mendahului Nik Aziz dan pernah membuat kenyataan untuk melihat dahulu hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Ariffin, pernah berkata dia pernah mendengar sendiri Nik Aziz ketika ditanya mengenai hudud dan menjawab: Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya.

Justeru, sekiranya ditakdirkan Najib akhirnya membenarkan kerajaan PAS meneruskan usaha dalam cubaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan rakyat sudah pasti mahu melihat sama ada Nik Aziz dan PAS boleh meyakinkan parti sekutu dan parti pemerintah untuk meluluskan undang-undang berkenaan.

Ia tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam tanpa persetujuan semua pihak atau mendapat sokongan yang cukup dari semua parti politik.

Nik Aziz tidak boleh berkata dia mahu undang-undang hudud dilaksanakan, dia perlu menggerakkan usaha ke arah merealisasikan impian terbabit.

Tapi apa yang pasti ketika ini, pemimpin dan ahli PAS lain sudah pasti pening kerana tidak tahu sama ada mereka sebenarnya masih dalam agenda meneruskan impian untuk mewujudkan sebuah negara Islam, atau sebuah negara kebajikan… hanya Nik Aziz yang boleh memberi jawapannya.

Bagi DAP, PAS ibarat duri dalam daging kerana risiko meneruskan kerjasama dengan parti itu amat tinggi dan sekiranya tidak ditangani dari sekarang sejarah kekalahan terburuk DAP pada Pilihan Raya Umum 1999 mungkin berulang.-23/9/2011 -Berita Harian

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda