Apa lagi Guan Eng…

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Apakah Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menafikan lagi kenyataannya sendiri yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini setelah ia terdedah kepada umum?

Pendedahan transkrip pada pertemuan itu oleh beberapa blog hari ini, mencetuskan bantahan meluas khususnya daripada rakyat Johor kerana Guan Eng sebelum ini menafikan beliau berbuat demikian .

Malah beliau yang cuba mempertahankan dirinya dengan mendakwa media sengaja memutar-belit kenyataannya dalam satu temu bual dengan Radio Australia, mahu menyaman Bernama jika agensi berita itu enggan memohon maaf.

Berikutan itu, pelbagai pihak hari ini mendesak Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor dan seluruh warga Malaysia kerana tindakannya memburuk-burukkan negeri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu lagi menegakkan benang basah.

“Dalam pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini, Guan Eng dengan jelas memburuk-burukkan negeri Johor apabila berkata, negeri itu berbahaya khususnya kepada rakyat Singapura. Ini satu kenyataan paling tidak bertanggungjawab.

“Sebelum ini dia menuduh media (Bernama) berbohong tetapi bukti terbaharu jelas menunjukkan dia sebenarnya yang berbohong. Kenapa dia perlu memburuk-burukkan negeri Johor?.

“Dia kena sedar, kenyataan sedemikian akan menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja Johor, Pulau Pinang juga akan menerima kesan jika pelabur lari ke negara lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, nada sama turut disuarakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang menuntut Guan Eng agar bertindak secara ‘gentleman’ dengan mengakui kesalahannya dan menarik balik semua kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

Katanya, perbuatan Setiausaha Agung DAP itu memburuk-burukkan Johor sangat melampau dan tidak boleh diterima kerana ia secara langsung turut memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, sedangkan selaku pemimpin, Guan Eng sepatutnya membela negara sendiri.

“Dia bukan sahaja memburuk-burukkan Johor tetapi Malaysia secara keseluruhannya. Kalau Johor tidak selamat, Pulau Pinang pun sama. Sebagai Ketua Menteri sepatutnya dia mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, bukan membuat kenyataan melampau begini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mencabar DAP supaya mengambil tindakan tatatertib ke atas Guan Eng, sama sebagaimana hukuman yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Jelasnya, jika Manoharan digantung selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang, Guan Eng juga layak untuk menerima hukuman yang sama kerana kenyataannya lebih berat iaitu memburuk-burukkan Johor dan negara.

 

nota:

1. ke mana lagi tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi…perangai guan eng ni sama macam anwar yg sering memburuk2kan negara sendiri kat org lain.

2. ni ke jenis pemimpin yg kita nak…pthhuuiihhh

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s