Bagi pihak saf kepimpinan UMNO Bahagian Ampang, kami ingin menjemput seluruh warga Ampang untuk hadir dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Ampang.
Rujuk lampiran untuk butiran lanjut.
Bagi pihak saf kepimpinan UMNO Bahagian Ampang, kami ingin menjemput seluruh warga Ampang untuk hadir dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Ampang.
Rujuk lampiran untuk butiran lanjut.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasukpapagomo.com.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.
“Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.
“Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di sini, Rabu.
Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.
Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.
Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.
“Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.
“Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM,” katanya.
Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.
“Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.
“Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia,” katanya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan TV3, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
“Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi,” katanya.
Najib ketika mula-mula mengambilalih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif. Dalam perutusan tersebut, Najib menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan hak asasi sesiapa sahaja yang terbabit di bawah undang-undang baru itu nanti terus terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan turut memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
“Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
“Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,” katanya.
Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.Najib berkata kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan apa-apa undang-undang yang tidak lagi relevan.-mstar
nota
1. pendekatan yg berani serta tepat pada masanya dibuat oleh PM.
2. Satu undang2 baru yg lebih progresif seiiring dengan keperluan dan persekitaran dunia hari ini.
3. Ini merupakan ‘bold move’ kerana penulis pasti keputusan ini bukanlah satu keputusan populis dikalangan pihak yg menyokong penggunaan ISA.
4. Ya, keperluan ISA adalah perlu bagi sesebuah negara seperti Malaysia, tetapi akta yg lebih progresif dan dinamik diperlukan di dalam memastikan kesinambungan kemajuan insaniah negara lebih terjamin.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Anda semua dijemput untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Jalan Enggang yang dijadualkan seperti berikut:
Tarikh: 18 September 2011
Masa: 4.30 petang – 7.00 petang
Tempat: Lorong Enggang 17 Taman Keramat
Semua dijemput hadir.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Program Sumbangan Aidilfitri UMNO Ampang bagi golongan yang memerlukan di sekitar Jalan Enggang.
Taklimat khas kepada pasukan rondaan khas sempena minggu Aidilfitri.
Mesyuarat persiapan majlis rumah terbuka aidilfitri umno Jalan Enggang
Melawat Pengerusi Tetap Cawangan Tn Hj Mohamed Mohd Nor yang dimasukkan wad di HKL
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO,Rabu penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.
Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang lakukannya.
Jamal berkata beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.
“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.
Beliau sebelum itu menyerahkan menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.
Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.
“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.-7/9/2011
nota: Alhamdulillah….Jamal masuk UMNO sbb perjuangan parti dan sedar dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan kpd rakyat selama ni. Sikap sebegini harus dicontohi dan bukan nya masuk PAS sebab nak ‘cuci’ dosa masa jadi artis.
Tahniah Jamal!
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Ikut hukum akal biasanya orang yang asal buat bising yang wajib tampil mempertahankannya. Namun lain pula dengan Mohamad [LINK=Sabu@Mat]Sabu@Mat[/LINK] Sabu.Takut ke…atau nak[I] control macho[/I] ?
Ini yang menjadi tandatanya ramai, Isnin, apabila Timbalan Presiden PAS ini menolak persertujuan Khairy Jamaluddin untuk berdepan dengannya. Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu sendiri beri respon itu sebagai menjawab undangan PAS bagi diadakan majlis debat isu peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan.
Memamg bergegarlah kalau kedua-duanya berentap di atas pentas. Apa lagi Khairy kata beliau tidak kisah sekalipun di ‘kandang singa’ yakni di Balai Islam Lundang di Kota Bharu.
Namun Mat Sabu kata beliau lebih merasa sesuai Pemuda UMNO lawan Pemuda PAS.
Khairy dalam reaksinya menilai Mat Sabu kalah sebelum bertempur.
Bacul dan tiada maruah itu katanya tentang sikap Timbalan Presiden PAS itu.
“Sekretariat mewakili Kerajaan PAS Kaelatan yang cadangkan saya (Ketua Pemuda) lawan Mat Sabu (Timbalan Presiden). Bukan saya yang cadang,” katanya.
Khairy tidak dapat terima alasan Mat Sabu kerana Datuk Husam Musa sendiri pernah berdebat dengannya di Balai Islam Lundang.
“Bermulalah spin Pakatanis. KJ bukan menteri lah so tak layak lawan Sabu. Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihanraya. YB pun tidak,” katanya menerusi laman twitternya.
“So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya.
Apapun kata Khairy beliau tiada masalah untuk berdebat dengan Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi.-5/9/2011
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda