Daily Archives: October 4, 2011

Anwar Bentang Bajet Ali Baba

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim hari ini membentangkan bajet bayangan Pakatan Haram dan tujuan berniat jahat untuk mensabotaj bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Najib Jumaat ini.

Menurut kata Nurul Izzah bajet yang di bentangkan oleh papanya nanti jangan lah di ciplak! hahaha lawak betul Nurul Izzah ni… dia ingat bajet untuk negara boleh disiapkan dalam masa 1-2 hari ke?

Apa-apa pun bajet yang Anwar bentangkan sebentar tadi, adalah bajet yang terpaling ringkas, bak kata orang cincai-cincai aje… macam ni ke nak mentadbir negara?

Anwar berkata, Pakatan memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang kononnya melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion.. Betul ke? Mana Pakatanis nak cari duit sebanyak itu? tolong beri tahu sikit…..

Di bawah adalah bajet yang mengarut dan satu pembaziran dari Pakatanis:

1- Perdana Menteri PR tidak akan juga menjawat jawatan Menteri Kewangan.

2- Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.

3- Cadangan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan kembali kepada Kementerian lain.

4- Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara RM1.2 bilion.

5- Pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

6- Akta Universiti dan Kolej Universiti di Mansuhkan. Mahasiswa akan bebas dari cengkaman dan kekangan.

7- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1000 setahun untuk ibu2 yang layak, dipadan dengan pelaburan, bina pusat penjagaan anak2

8- Kembalikan cukai2 eksais & duti yg dibatal PM atas barang2 mewah (beg2 mewah dll)

9- Pengumuman pengenalan gaji minima pd RM1,100 yg juga melibatkn kenaikan gaji k/tgn awam m’ikut tangga gaji.

10- Sasar defisit 4.4% daripada KDNK dan dividen Petronas diunjur pada RM26 billion setahun.

11- Umumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu pemandu teksi dan batalkan sistem konsesi ala BN.

12- Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan

sumber politikharian

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC

Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.

azlan“Kami tidak mahu PSC dijadikan sebagai alasan kepada SPR untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi,” kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siadang media bersama dengan PAS dan DAP di dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa tiga perwakilan dari Pakatan akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.

“Dari PKR adalah Azmin Ali, dari PAS pengarah pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli dan dari DAP pula adalah timbalan pengarah pilihan rayanya Anthony Loke,” katanya.

Azmin adalah timbalan presiden PKR dan juga ahli parlimen Gombak, manakala Dr Hatta adalah ahli parlimen Kuala Krai dan Loke, ahli parlimen Rasah.

“Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan BERSIH.

“Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil,” katanya.

Sebelum itu Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.

Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan BERSIH 2.0 pada Julai lalu. -mkini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda