Tindakan JAIS betul dan berdasarkan undang-undang – Titah Sultan Selangor

Akhirnya kebenaran terserlah, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa sebuah gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini.

Baginda bertitah, tindakan itu selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.

Titah baginda, merujuk kepada siasatan JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi bukti yang diperoleh tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.

“Walau bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Baginda juga melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Justeru, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS agar memantau rapi serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.

Sebelum ini timbul polemik tindakan JAIS tersebut selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkritik keras tindakan tersebut.

Turut sama berbuat demikian Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ‘kecewa’ dengan tindakan JAIS memeriksa rumah ibadat ugama lain.

Sebelum ini Agendadaily melaporkan, berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi, ada percubaan untuk memesongkan akidah umat Islam berlaku di gereja tersebut semasa pemeriksaan dilakukan.

Ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), majlis Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran.

Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.

Penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.

Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.

Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam.

Turut mencurigakan adalah, nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.

Dalam kertas kuiz, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?-10/10/2011 – AD

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Tindakan JAIS betul dan berdasarkan undang-undang – Titah Sultan Selangor

  1. anak malaysia..

    hormati keputusan sultan,,jadi lah rakyat yang berguna untuk agama bangsa dan agama.DAULAT TUANKU.

  2. anak malaysia..

    Hormatilah keputusan sultan,,jadi lah rakyat yang berguna untuk agama bangsa dan negara .DAULAT TUANKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s