BUDGET 2012 : Pakatan Rakyat VS Pakatan Rakyat

Oleh Shen Yee Aun

Masyarakat Malaysia perlu lebih peka terhadap permainan politik yang cuba dimainkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Hal ini disebabkan tiada bajet yang sempurna di dunia ini dan apa sahaja bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri akan ada juga serangan yang berbeza daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Kini kita lihat bagaimana mereka sebenarnya menyerang antara satu sama lain tanpa disedari mereka.

Percanggahan 1 – Elaun Tambahan Kepada Ahli Parlimen

Haji Mohammad Sabu + Anwar VS Lim Guan Eng

“Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini,” kata beliau yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat.

“Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri,” katanya.

VS

Sementara itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, sebaiknya elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen ditingkatkan.

“Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Satu pihak mengatakan tidak perlu peningkatan elaun untuk ahli Parlimen kerana wang yang berlebihan seharusnya digunakan untuk rakyat tetapi satu pihak lagi mengatakan perlunya pertambahan elaun untuk kakitangan Parlimen.

Lagipun dalam isu ini hanya menandakan Perdana Menteri adil kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat. Pertama kali dalam sejarah Negara terdapat lebih daripada 80 ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen. Sekirannya kerajaan sudi untuk meningkatkan elaun untuk ahli parlimen keadaan ini hanya menandakan kerajaan mesra kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat.’

Kalau benar ikhlas ahli Parlimen Pakatan Rakyat hendak mengutamakan rakyat dan belanjawan negara maka mereka DICABAR supaya tidak mengambil pertambahan elaun tersebut. Kenyataan mereka seharusnya seiring dengan tindakan mereka sekirannya mereka benar – benar berintegriti.

Percanggahan 2 – Belanjawan Defisit

Azmin Ali vs Lim Guan Eng

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang ditemui pada satu program di Shah Alam menjelaskan bajet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam merupakan satu bajet yang tidak berhemah.

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan bahawa belanjawan kali ini tidak realistik , terlalu boros dan juga akan menyebabkan belanjawan defisit.

VS

Namun pada masa yang sama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula mencadangkan elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen perlu ditingkatkan.

Sana mereka mengatakan belanjawan ini merupakan belanjawan defisit dan sini pula mereka cadangkan pertambahan elaun dan kemudahan kakitangan parlimen perlu ditingkatkan.


Percanggahan 3 – Belanjawan Perdana Menteri Lebih Baik

Mahfuz Omar VS Mahfuz Omar

Semua Pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan bahawa belanjawan yang dikemukan oleh Perdana Menteri bukanlah satu belanjawan yang baik.

VS

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, Datuk Seri Najib Razak dilihat ingin “berlawan” dengan Pakatan Rakyat dengan cuba mempamerkan belanjawan yang lebih baik daripada yang dibentangkan Pakatan, Selasa lalu.

“Kerajaan terdesak kerana ingin menunjukkan belanjawannya lebih baik daripada belanjawan Pakatan.

Kalau benar sekalipun kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena maka kenyataan beliau sudah menggambarkan beliau sudah bersetuju belanjawan Perdana Menteri adalah lebih baik daripada Pakatan Rakyat. Hendak berlawan atau tidak dan terdesak atau tidak bukanlah satu pertikaian yang penting kerana yang penting apa sahaja alasan dan sebab asalkan belanjawan Perdana Menteri lebih baik daripada Pakatan Rakyat sudah berjaya dipamerkan seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena.

Percanggahan 4 – Bajet Pilihanraya

Dr Dzulkifly VS Dr Dzulkifly

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

“Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

VS

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Kenyataan ini hanya menandakan Dr Dzulkifly sendiri bersetuju bahawa bajet Pakatan Rakyat juga merupakan bajet gula – gula politik dan hanyalah menjurus untuk menghadapi pilihanraya kalau benar Perdana Menteri mencedok daripada Pakatan Rakyat.

Percanggahan 5 – Bajet Untuk Kakitangan Awam

Dr Dzulkifly vs Dr Dzulkifly + Salahuddin

“Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta. – Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad

VS

“Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini,” ulasnya lagi. – Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad

VS

Salahuddin dalam pada itu menyifatkan pengumuman bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat sebagai kesedaran yang diperjuangkan Pakatan Rakyat

Pertama beliau mengatakan Najib tidak ada komitmen untuk membantu pekerja awam tetapi pada masa yang sama beliau pula mengatakan Najib mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji kepada pekerja awam.

Dasar Pakatan Rakyat juga hendak menaikkan gaji kakitangan awam dan sekirannya keadaan ini berlaku maka bukankah kenaikan ini juga akan mengalami inflasi dan semua rakyat akan terbeban seperti yang dikatakan oleh Dr Dzulkifly Ahmad.

Apakah rasional mereka naikkan gaji kakitangan awam maka tidak akan sesekali mengalami inflasi tetapi jika kita melakukannya pula akan mengalami inflasi?

Percanggahan 6 – Bajet Perdana Menteri = Bajet Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat VS Pakatan Rakyat

Semua kenyataan pemimpim Pakatan Rakyat mengenai Bajet 2012 sangat lemah , tidak baik , defisit , boros , tidak realistik dan sebagainya.

VS

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 peratus bajet itu diambil dari Pakatan Rakyat – buku jingga dan dokumen negara berkebajikan milik PAS.

Sementara itu, TVS melaporkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengakui  bajet 2012 dicedok dari bajet Pakatan Rakyat.

Apakah Pakatan Rakyat kini sendiri hendak memperlekehkan belanjawan mereka sendiri ?

Percanggahan 7 – Bajet 2012 Tidak Realistik

Anwar  VS Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.

VS

“Jelas ia merupakan helah pilihan raya,” kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Bagaimana kalau bajet yang dikatakan tidak realistik yang hendak dilakukan oleh Perdana Menteri tidak realistik tetapi pada masa yang sama Anwar mengatakan bajet ini dicedok daripada Pakatan Rakyat pula realistik ?

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s