Isu anak Guan Eng: Niat baik TPM, diputar belit sakan…

Sesiapa sahaja yang ada dalam sidang media selepas majlis Penerangan Perdana UMNO Selangor di Dewan Besar UPM pada Sabtu lalu tahu komen Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ([B]gambar ketika sidang media Sabtu lalu[/B]) mengenai isu salah laku anak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah komen umum tanpa ada niat buruk.

Komen Muhyiddin dalam bahasa mudahnya, beliau sendiri tidak tahu mengenai tuduhan tersebut, tetapi mencadangkan supaya pihak keluarga buat laporan polis supaya perkara tersebut dapat disiasat dan membersihkan keadaan.

Komen TPM itu panjang, dan ia berasal dari soalan wartawan sebuah portal berita yang anti kerajaan, jawapan penuh Muhyiddin tidak disiarkan oleh portal ini, sebaliknya mengambil sepotong petikan dan meminta ulasan Guan Eng.

Petikan yang dimaksudkan itu adalah pada [I]part[/I] Muhyiddin suruh Guan Eng buat laporan polis sebab nafi saja tidak cukup.

Kalau kita teliti semula jawapan Muhyiddin, amat jelas beliau mengatakan beliau tidak tahu mengenai kejadian yang digembar-gemburkan tersebut.

Tujuh kali, timbalan presiden UMNO itu ulang beliau tidak tahu, tetapi meminta Guan Eng membuat laporan polis, supaya kes tersebut dapat disiasat dengan terperinci dan menjernihkan keadaan.

Hari ini, di Dewan Rakyat, Muhyiddin tegaskan lagi, bagaimana kenyataan beliau mengenai isu tersebut telah “diputar belit”  dan dilaporkan secara “tidak tepat”.

Katanya beliau tidak berniat untuk mengheret hal-hal berkaitan keluarga dan anak Guan Eng ke dalam kancah politik tetapi sebaliknya hanya memberikan saranan supaya pihak berkenaan membuat laporan polis bagi menamatkan segala tomahan berhubung isu itu.

“Sebenarnya saya tidak hendak campur dalam urusan seperti itu dan saya sedar banyak penulisan di dalam blog. Untuk heret isu keluarga dan anak dalam kancah politik itu bukan tujuan saya.

“Tetapi ia sudah diputar-belitkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurut Muhyiddin, sebagai seorang bapa, dia juga memahami dan tidak akan mahu anaknya diseret ke perkelahian politik.

Niat beliau meminta Guan Eng membuat laporan polis adalah supaya perkara tersebut disiasat polis bagi mencari kebenaran [I]”once and for all”[/I]

Katanya, ahli-ahli parlimen pembangkang selama ini selalu buat laporan polis dan mahu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja sebagai tindak balas biasa.

“Mereka mahu mendapatkan hak mereka untuk mengetahui kebenaran, tetapi mereka tidak berbuat demikian (dalam hal ini)… Biarlah mereka (polis) menyiasat dan ini akan menjelas fitnah, “katanya

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya sama ada beliau bersedia menarik balik kenyataannya berhubung isu melibatkan anak Guan Eng itu.

Sabtu lepas, Muhyiddin telah menyarankan Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya memandangkan penafian tidak mencukupi.

Muhyiddin berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Guan Eng yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.

Kenyataan Muhyiddin itu kemudian mendapat reaksi daripada pemimpin pembangkang yang menyifatkan kenyataan TPM itu mempunyai maksud tersirat.

Muhyiddin berkata beliau sendiri tidak menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan sebelum ini kerana beliau tidak bertanya kepada sekolah itu mengenai insiden tersebut.

“Saya tahu dalam semua media alternatif banyak (kenyataan) ditokok tambah sehingga dikaitkan dengan hal lain yang tidak ada kena mengena. Saya tidak kata dia (anak Guan Eng) bersalah. Saya tidak ada masalah tetapi masyarakat membuat penilaian lain.

“Kalau tidak ada, apa yang YB Ipoh Barat (Lim Kit Siang) bimbangkan,” katanya.-24/10/2011

[B]Transkrip soalan dan jawapan penuh TPM ketika sidang media di Dewan Besar UPM pada Sabtu 22 Oktober[/B]

[I]Question from Melissa, MalaysianInsider: Tan Sri can u comment on the sexual harassment claim on lim guan eng son by pro-umno bloggers…?[/I]

dont blame anybody, there is a tendency for opposition or pakatan.. and there think theres a problem, for all problem, they blame umno… we dont blame u, we dont blame anybody else, if theres a fault, we have to find out what is the main cause if it..

jadi dalam soal itu, saya pun tak tahu sebenarnya, infact i do not know, apa keadaan sebenarnya, samada betul atau tidak, jadi pihak guan eng dengan lim kit siang dan tony pua saya lihat sudah buat kenyataan very strong, defend dan buat tuduhan  pelbagai-bagai…

biasanya dalam keadaan soal begini orang kata, kalau kita nak clear everything, kita minta pihak polis siasat, kalau betul takde berlaku, apa yang kita worry? i mean that is the way orang biasa lah… supaya kita orang kata dapat bersihkan diri kita, saya tidak nak tuduh, because saya sendiri tak tahu, dan tak adillah for me to blame or whatever it is, i know and understand dia nak exploit apa yang statement yang saya gunakan, saya pun buat, im sure what im saying is..
kalau dia pikir penting bagi dia untuk dibersihkan ataupun dibetulkan maklumat itu, dia mesti buat kenyataan tegas, penafian sahaja tidak mencukupi, rakyat akan bertanya oh, dia nafi betullah dia kena nafi,  tapi kalau betul tidak ada, macam kes-kes yang lain, kita minta pihak berkuasa siasat membantu kitalah, membantu dia, membantu keluarga dia, baru itu tidak berlaku, jadi kalau dah buat begitu, baru, setakat hari ini saya boleh bercakap itu sajalah… END

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s