Kerana undi Cina, PAS jadi penakut

Dulu PAS nampak garang dan sanggup buat apa saja termasuklah berdemonstrasi semata-mata kerana mempertahankan penganut dan lslam itu sendiri.

PAS tidak pernah menikus  kerana takut kehilangan undi orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu.

Tokoh-tokoh PAS berpegang kepada  dasar “berani kerana benar” maka PAS dilihat menjadi benteng lslam di negara ini.

PAS mengambarkan UMNO sebagai terlalu pragmatic dan liberal hingga terlalu berkompromi dalam hal-hal agama lslam.

Kerana itu sejak merdeka, UMNO kehilangan hampir separuh undi Melayu yang berpaling kepada PAS kerana stigma yang ditampalkan PAS hampir 50 tahun itu.

Kini apa yang UMNO sudah buat sejak 1946 bukan saja ditiru malah dijadikan asas perjuangan parti itu. Kini PAS cuba menggambarkan parti itu “lebih liberal dari UMNO malah lebih pro bukan Melayu.”

Dulu sejak DS Anwar Ibrahim masih di universiti lagi,  setiap kali ada pihak memperlekeh ugama Allah, budak-budak PAS dan para pelajar ini keluar berdemonstrasi.

Masuk keluar lokap dan penjara sudah menjadi sebahagian dari adat dan budaya perjuangan mereka.

Hari ini semuanya tinggal sejarah dan PAS bukan lagi “the savior of lslam” di negara ini.

Ooppps . . . .beberapa bulan lalu ada juga yang sanggup masuk lokap kerana berdemonstrasi bersama Bersih 2.0–itu kerana mereka menjadi dalang DAP dan penganjurnya Ambiga.

Setiap kali Israel menyerang rakyat Palestin atau menceroboh bumi Palestin, budak-budak PAS berada dibarisan depan membantah.

Turut ditempelak tentu saja Amerika Syarikat yang dilihat boneka Israel dan banyak kali juga kita lihat bendera “paman Sam” itu dipijak dan dibakar.

Kini PAS sudah sedar perbuatan itu merugikan perjuangan mereka kerana orang-orang bukan lslam tidak suka melihat Malaysia anti-Israel dan anti-Amerika syarikat.

PAS dan PKR nampaknya membiarkan isu-isu yang merugikan masa depan orang-orang Melayu di negara ini diperjuangkan rakan mereka, DAP.

Kedua-dua komponen Pakatan Rakyat (PR) juga membiarkan isu-isu fitnah serta serangan peribadi dijadikan isu ceramah oleh Dap disetiap tempat.

Pendedahan yang dibuat oleh media massa serta juga media berbahasa Cina mengenai perkara ini bukan saja didiamkan  malah mereka dilihat seperti memberikan sokongan.

Pemimpin-pemimpin Melayu dipelbagai peringkat dalam PKR kini macam terperangkap kerana gagal menyekat Dap dari memainkan isu-isu perkauman serta isu-isu yang merugikan perjuangan orang-orang Melayu.

PAS menyedari sejak menjadi  komponen  “haram” dalam PR, ia  lebih merugikan perjuangan parti itu dan menjadi liabiliti kepada umat lslam di Malaysia.

Sikap PAS yang berdolak dalih dan menghalalkan perjuangan yang haram itu kerana semata-mata kemarukan  undi cina.

Kerana sikap PAS ini maka DAP semakin bermaharajalela mempersendakan pelbagai perkara termasuk hak orang-orang Melayu serta juga hal-hal yang ada kaitan dengan agama lslam.

DAP boleh baca kedudukan PAS kini dan kerana itu DAP tidak takut PAS akan meninggalkan PR. PAS dilihat seperti memberikan DAP lesen besar untuk mendepani orang-orang Melayu dan agama lslam.

Tanpa undi cina, PAS  bukan saja akan kehilangan pengaruh malah harapan untuk mengekalkan kerusi-kerusi sekarang tidak akan tercapai.

Media cetak serta portal berita pro PAS menjadikan orang Melayu UMNO sebagai sasaran. DAP bebas buat apa saja kerana “media-media ini” tidak lagi seberani zaman gemilangnya.

Isu terbaru yang membuka pekung tentang perjuangan DAP ialah mengenai kenyataan salah seorang tokoh parti  berhubung pengurangan kakitangan kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata jika DAP berkuasa, parti itu akan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan. Seperti yang diketahui, 90 peratus kakitangan kerajaan adalah berbangsa melayu.

PAS nampaknya menikus untuk berpiket atau berdemonstrasi mengenai isu ini seperti mereka begitu berani menyertai demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari.

Mana dia Hadi Awang yang menjuarai hak asasi sedangkan pada masa sama apabila kakitangan kerajaan berdepan isu-isu ini, dia kecut dan hilang keberanian.

Kalau dulu dia sanggup ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa, kini dia nampaknya macam bersetuju dengan DAP.

Di Perak, Pemuda MCA terpaksa  membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin DAP negeri kerana memfitnah tujuh pemimpin MCA dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain ucapan tokoh Dap itu yang dibuat semasa meraikan ulang tahun ke45 parti itu di Ipoh pada 13 Oktober lalu tersiar dalam youtube, ia juga diedar melalui DVD.  Laporan polis dibuat di ibupejabat polis Ipoh disertai 20 ahli-ahli parti termasuklah Pengerusi biro pengaduan awam  Datuk Michael Chong.

Mereka mahu pihak polis menyiasat tokoh DAP   itu mengikut seksyen 499 Criminal Defamation Act.-14/11/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s