Mana Jawapan Kegagalan Projek Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial?

Pada bulan September 2005, PAISB telah memperolehi pinjaman daripada Kementerian Kewangan di bawah Dana Menggalakkan Pertanian Secara Komersial bagi melaksanakan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika berjumlah RM30.10 juta serta Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan berjumlah RM10 juta.

Tempoh bayaran balik bagi pinjaman tersebut adalah 10 tahun. Kedua-dua projek tersebut diluluskan bertujuan untuk mempertingkatkan sektor pertanian negara serta keuntungan PAISB dan PKPS. Semakan Audit mendapati kedua-dua projek tersebut telah gagal mencapai matlamat yang ditetapkan dan telah berhenti operasi pada bulan Februari 2010. Pihak pengurusan PKPS dan PAISB yang terlibat dengan perancangan, perlaksanaan dan pemantauan projek telah tidak berkhidmat dan berhenti daripada PKPS dan PAISB.

Berdasarkan surat perjanjian bekalan dan pembelian yang ditandatangani oleh PSPSB dengan sebuah syarikat usahasama pada 19 September 2005, syarikat usahasama berkenaan memberi jaminan dan bersetuju membeli 13,250 kilogram salad dan jus buah-buahan sehari pada harga USD4 sekilogram melalui pengangkutan udara.

Berdasarkan Kertas Cadangan Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika, sasaran pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan tropika pada tahun 2008 sehingga 2010 yang sepatutnya dieksport ke  Dubai adalah sebanyak 11.46 juta kilogram.

Bagaimanapun, prestasi pengeluaran produk salad dan jus buah-buahan tidak dapat disahkan sama ada mencapai sasaran serta telah dieksport ke Dubai seperti yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Ini disebabkan PSPSB telah berhenti beroperasi dan PAISB tidak dapat mengemukakan dokumen mengenainya kerana tidak disimpan dengan teratur. PSPSB telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana mengalami kerugian yang semakin meningkat. Walaupun baru 2 tahun beroperasi, kerugian terkumpulan PSPSB pada 31 Disember berjumlah RM9.23 juta.

Menariknya, lawatan audit ke premis pemprosesan salad dan jus buah-buahan tropika pada 2 November 2010 membuktikan PSPSB telah berhenti beroperasi dan premis pula telah disewakan. Peralatan pemprosesan bernilai RM15 juta yang diimport dari Jerman juga tidak digunakan.

Premium Agro Products Sdn. Bhd. (PAPSB), syarikat subsidiari PAISB menetapkan sasaran pengeluaran baja organik adalah sebanyak 10.5 tan metrik sehari yang akan dipasarkan secara timbal balik dengan petani kontrak pada harga yang lebih rendah iaitu antara RM450 hingga RM550 setiap tan metrik.

Sebanyak 80% pengeluaran baja organik adalah untuk kegunaan tempatan seperti petani kontrak, penanam sayur dan buah-buahan serta Pihak Berkuasa Tempatan manakala 20% baja organik untuk tujuan dieksport. Baja organik akan dipasarkan ke Timur Tengah melalui rakan kongsi projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan, berpangkalan di Dubai di sampai akan menerokai pasaran eksport di Eropah.

Berdasarkan Kertas Cadangan Projek, sasaran pengeluaran baja organik bagi tahun 2008 sehingga 2010 yang sepatutnya dijual di pasaran tempatan dan luar negara adalah sebanyak 9,072 metrik tan. Semakan mendapati prestasi pengeluaran bagi tahun 2008 sehingga 2010 sebanyak 1,229 tan metrik (13.5%) adalah sangat rendah berbanding sasaran yang ditetapkan.

PAPSB telah berhenti beroperasi pada bulan Februari 2010 kerana mengalami kerugian yang semakin meningkat. Kerugian terkumpul PAPSB menanggung kos operasi yang tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi kerana baja organik tidak mendapat sambutan.

Sehingga setakat ini, tidak ada satu penjelasan pun dibuat oleh Kerajaan Pakatan Selangor walaupun beberapa orang pemimpin PKR Selangor bertungkus-lumus cuba membuktikan wujudnya penyelewengan dalam program NFC yang membabitkan lembu-lembu fidlot di Gemas.

Timbul persoalan, mengapa agaknya Pakatan Rakyat Selangor langsung tidak mahu memberikan penjelasan berhubung kerugian dan pemberhentian operasi yang menelan kos puluhan juta ringgit ini daripada pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Pusat? Berbanding pinjaman yang diperolehi oleh NFC yang sekarang sedang bergerak secara progresif, dana yang dilambakkan di Selangor untuk projek pertanian itu pula terpendam dan hilang begitu sahaja.

Mengapa mulut Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan sekalian penyokong Pakatan langsung tidak berani memperkatakan tentang kerugian besar ini?

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s