Pemuda BN Akan Terus Cari “Solution” Untuk Golongan Muda

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata BN Youth Job Faor 2011 merupakan salah satu “solution” pergerakan itu terhadap golongan muda dan rakyat negara ini.

Menurut beliau program berkenaan adalah salah satu cabang yang telah digerakkan oleh Pemuda BN selain beberapa program lain seperi Skim Rumah Pertamaku yang merupakan jalan penyelesain terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan berkenaan.

“Program seumpama ini adalah untuk kepentingan rakyat dan kita bukannya sekadar melaksanakan program “syok sendiri”  sebaliknya menyediakan platform untuk mereka ke arah itu.

“Ini adalah antara model politik baru BN dalam usaha memperkasakan parti selain membuktikan kepada rakyat kita bukannya retorik semata-mata sebaliknya melaksanakan tanggungjawab untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale  yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi program tersebut memberi peluang pekerjaan bukan sahaja kepada pencari kerja, malah kepada mereka yang ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik selain peluang-peluang lain yang terbuka luas.

“Program ini sudah jadi sinonim kepada Pemuda BN dan kita akan teruskan program ini sebagai salah satu “touch point” kita yang mana kalau sekiranya generasi muda memikirkan tentang soal masa depan mereka atau soal pekerjaan mereka akan fikir BN akan dapat menyediakan satu platform yang baik.

“Kita lihat kadar kejayaan BN Youth Job Fair adalah 7 nisbah 1. Ini berdasarkan enam Job Fair yang telah kita buat sebelum ini di lima negeri. Secara umummnya pengunjung di seluruh Job Fair kita 7 nisbah 1 akan dapat peluang pekerjaan menerusi program ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi BN Youth Job Fair 2011, Nazir Hussein Akhtar Husein berkata dua interaktif  baru telah diperkenalkan  pada BN Youth Job Fair 2011 Grand Finale kali ini.

“Jika sebelum ini kita hanya menawarkan peluang pekerjaan, namun pada kali ini kita telah menyediakan majlis ilmu yang dihoskan oleh penceramah terkenal, Dr Azian Osman yang memberikan banyak “tip” untuk berjaya secara percuma.

“Selain itu kita juga telah menyediakan peluang perniagaan kepada mana-mana pihak serta mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang berkenaan dengan penyertaan pelbagai agensi yang terlibat. Alhamdulillah maklum balas yang kita terima amat membanggakan,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pihaknya akan terus melaksanakan tanggungajwab berkenaan dengan konsisten dalam usaha memberi ruang dan peluang kepada anak-anak muda khususnya untuk berjaya.

“Atas maksud itu, kita akan menyediakan sebuah portal yang mengandungi segala maklumat tentang panduan  dan segala maklumat lain untuk anak-anak muda kita  mencari peluang pekerjaan dan sebagainya. Portal berkenaan boleh dilayari pada Januari 2012 menerusi url www.bnyouth.my.

“Dan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat untuk bersama-sama kami menyediakan peluang dan ruang untuk anak-anak muda kita selain seluruh rakyat negara ini mendapatkan peluang baik dari sudut pekerjaan mahu pun segala aspek lain,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s