Tiada cukai bakul jika BN tawan Kelantan

Badan Perhubungan UMNO Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

“Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri,” katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ia sebagai ulangan apa yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.

Katanya, disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.

“Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang,” katanya. -4/12/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s