Daily Archives: December 6, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Pendaftaran untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari 10 Dis hingga 10 Jan. BR1M = RM500 untuk isi rumah pendapatan RM3000 dan kebawah.
Borang BR1M akan diedarkan mulai 10 Dis melalui Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan, Ketua Kampung, Pej LHDN, Pej Wakil Rakyat, website MoF.
Borang lengkap BR1M boleh diserah melalui Pej Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah2 terpilih sebelum 10 Januari.
Pembayaran BR1M akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi permohon yang tiada ‘pay slip’ contoh kerja sendiri/kerja kampung, boleh dapat pengesahan dari wakil rakyat atau ketua kampung.
#BR1M dianggarkan memberi bantuan kepada 5.2 juta isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM 2.6 bilion keseluruhannya. Belanjawan Kerajaan BN.
#BR1M Siapa layak? Ketua isi rumah (bapa/ibu/anak) layak terima. Kalau ada anak yg tinggal bersama yg sudah kahwin, anak itu pun layak.
#BR1M: Ibu & bapa tunggal dan bujang yg ada tanggungan juga layak. Warga emas (sebatang kara) juga layak.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ceramah Perdana Tun Dr Mahathir

Dijemput semua ke ceramah perdana oleh Tun Dr Mahathir pada 11/12 Ahad jam 11pagi di Dewan Dato’ Setia Hj Mufti Bangunan UMNO Bahagian Ampang.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO wajar beri peluang kepada calon muda, kata Dr Mahathir

Ini pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.

Menurutnya wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.

“Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh pada Isnin.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Zambry pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

“Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji untuk menurunkan harga minyak sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara, Dr Mahathir berkata itu hanya janji kosong untuk meraih undi rakyat.

“Dia nak buat macam mana? Dia janji macam-macam dalam kempen. Bila dah jadi pemimpin baru kata tak boleh,” katanya.

Mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diminta melepaskan jawatan ekoran isu Perbadanan Fidlot Nasional yang melibatkan suami beliau, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada Shahrizat.

“Kalau dia rasa dia patut berundur, dia patut berundur,” katanya.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir berkata negara tidak akan mencapai kemajuan sekiraya masih dibelenggu demonstrasi setiap masa.

“Sekiranya politik sering huru-hara dengan perselisihan faham, pergerakan untuk menjadikan negara maju akan terbantut (kerana) pentadbir terpaksa menumpukan perhatian untuk meredakan keadaan,” katanya.-5/12/2011 – agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda