PAS akui hanya bina sebuah masjid di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu

Kerajaan PAS Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

“Masjid Jubli Emas  atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan PAS ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya kepada Bernama di Rantau Panjang Rabu.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

[IMG]/images/stories/masjidkelantan.jpg[/IMG]

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, PAS tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu.-7/12/2011

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s