Atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia… Afdlin, Harun sertai perjuangan UMNO

“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.,” itulah luahan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki ketika mengulas mengenai penyertaan beliau ke dalam UMNO di PWTC pada petang Selasa.

“Saya memang selama ini menyokong kerajaan dan percaya kepada perjuangan UMNO walaupun tidak menyertainya. Tetapi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat transformasi, saya lihat dia nampak serius dan jujur,” kata Afdlin.

Lebih menarik lagi apabila Afdlin bukan masuk seorang sebaliknya bersama Presiden Seniman Harun Salim Bahcik, kedua-duanya merupakan nama besar dalam industri hiburan negara memilih untuk sama-sama menyertai tranformasi politik negara yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega, pasangan kumpulan Boboi ini hadir ke ibu pejabat UMNO di PWTC untuk menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof di Ibu pejabat parti.

Awal-awal lagi Afdlin dan Harun telah mengingatkan peminat supaya tidak menyalahertikan tindakan mereka dan memusing cerita.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas. Apa yang kami lakukan adalah atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya ada yang nak buat cerita bahawa kami masuk UMNO kerana mahu cari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah,” kata Harun pula.

Ditanya mengapakah baharu sekarang mahu sertai UMNO, Afdlin secara berseloroh berkata, “Macam orang cakap, hidup bermula pada usia 40.”

“Umur saya genap 40 pada tahun lalu. Pada usia begini, kita mula memikirkan banyak perkara dan akan bertanya pada diri sendiri apa yang penting dalam kehidupan kita. Pada usia begini kita sedar ada perkara yang memang sudah tersurat dan ada perkara yang masih boleh diperbetulkan

“Secara peribadi, saya menyertai UMNO tahun ini kerana pilihanraya dah dekat dan saya percaya dengan apa yang diusahakan oleh kerajaan sekarang untuk membuat perubahan kepada negara ini. Saya percaya dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Sekiranya penyertaan saya dalam UMNO dapat membantu kerajaan melakukan transformasi, ia adalah satu penghormatan bagi saya,” kata Afdlin.

Afdlin dan Harun akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Menurut Afdlin sistem yang dibentuk oleh kerajaan telah membantu mempertingkatkan taraf kehidupannya.

“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.

“Saya percaya sekiranya seseorang tidak mensesiakan peluang yang ada, dia boleh berjaya. Oleh itu saya tidak faham mengapa ada golongan yang merungut mereka tidak ada peluang. Padahal peluang itu sentiasa ada depan mata. Sekiranya saya boleh mengubah hidup saya daripada susah kepada berjaya, sesiapa pun boleh lakukannya,” tambah Afdlin.

Harun, yang juga presiden Seniman, berkata, dia memang menyokong kerajaan sejak dahulu lagi.

“Selama ini saya cari makan pun dengan kerajaan. Tetapi saya tak pernah dipelawa secara rasmi untuk menyertai sebarang parti. Jadi apabila dipelawa, saya kata, mengapa tidak?

“Saya harap penyertaan kami dalam UMNO dapat membantu rakan-rakan seperjuangan dalam industri ini. Saya juga berharap dapat membantu golongan remaja yang mungkin terlepas pandang atau tidak mendapat maklumat yang betul sehingga mereka salah laku,” katanya.

[IMG]/images/stories/boboilead513.jpg[/IMG]Sebelum Harun, naib presiden Seniman, Zed Zaidi telah menyertai UMNO tahun lalu. Bagaimanapun Harun berkata keputusannya menyertai UMNO adalah atas dasar peribadi dan bukan sebagai presiden Seniman.

Bagaimanapun dia akan berusaha mempelawa ahli-ahli Seniman untuk menyertai UMNO. “Tetapi saya tidak akan paksa. Ia terpulang kepada keinginan masing-masing,” katanya.

Ditanya sama ada dia mempunyai cita-cita untuk berkecimpung dalam politik secara serius, Afdlin tidak menafikan.

“Ya, saya ada. Saya akan bekerja keras untuk cuba mendapat tempat supaya saya dapat membantu orang, terutama sekali golongan yang terbabit dalam industri seni.”

Afdlin berkata dia juga tidak takut kehilangan peminat.

“Saya tetap orang Malaysia, sama seperti mereka. Cuma bezanya sekarang saya ada pegangan dalam apa yang saya percaya di segi politik.

“Saya berkawan dengan semua orang tak kira dari parti manapun. Malah, saya ramai kawan dari parti pembangkang. Tak jadi masalah. Harapan saya ialah saya tidak menjadi masalah kepada orang lain. Kalau ada, mereka terpaksa terimalah keputusan yang saya buat ini.”

Tahun lalu, beberapa artis telahpun berbuat demikian. Antara mereka Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Awie, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool, Adam AF dan ramai lagi.

Sementara itu, Ab Rauf berkata golongan artis yang menyertai parti Umno telah menjadi ikon dan membawa pengaruh mereka kepada peminat di luar sana untuk turut serta menyokong UMNO.

Kini terdapat 40 orang ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada kalangan artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.– 3/1/2012. agendadaily

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia… Afdlin, Harun sertai perjuangan UMNO

  1. Artis cari makan market nya di Malaysia saje..sekarang awak masok Umnooo sudah pasti peminat kamu juga terbelah 3.dulu org PKR.PAS.DAP memberi sokongan sebab mereka sesekali terhibur dgn persembahan kamu walau pun tak lah sehebat mana persembahan kadang2 menjelekan juga tpi kami boleh terima.tpi mulai saat kamu mengistiharkan masuk umn000 secara automatik 55% peminat kamu akan lari..Takdirkan PRU13 PR menawan PutraJaya dan sistem TV dil rombak agak2 nya kamu ada ruang lagi ke nak muncul di TV?..Fikirkan lah …kadang2 lawak kamu tu hanya lah loyar buruk sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s