Nik Aziz mahu Anwar tarik kenyataan atau saman WSJ

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

NONEBeliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang, sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ.

Isreal attack Hamas controlled Gaza Strip in PalestineMenurut Nik Aziz, pendirian PAS tegas dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa.

Sebaliknya, PAS katanya, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Tolak penyelesaian dua negara

“Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram.

“Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi  Zionis,” katanya lagi.

israel palestine gaza attack 160109 04Beliau yang juga adalah Menteri Besar Kelantan berkata keselamatan Israel juga bukanlah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana negara itu ditegakkan atas dasar kezaliman.

“Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Nik Aziz selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia malam semalam berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau, telah dihantar kepada Ketua Umum PKR itu.

“Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour“Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang kawan, sebagai Mursyidul Am PAS supaya dia tarik balik kenyataan dia mengenai Israel,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin diputar belit bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Katanya, dalam wawancaranya dengan media antarabangsa itu, beliau menegaskan kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi maka wajar hak rakyat Israel juga dihormati.

 

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s