UMNO Bahagian Ampang Bersama Rakyat Rasai Keperitan Bencana Alam

KUALA LUMPUR, 16 Mac –Jentera UMNO di semua peringkat sentiasa bersedia

menghulurkan bantuan khususnya apabila bencana menimpa dan ini terbukti apabila berlakunya tragedi banjir yang melanda di sekitar Lembah Kelang baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo yang turun padang dan merasai sendiri keperitan masyarakat tempatan dalam berdepan bencana bajir tersebut amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan bertungkus-lumus membantu membersihkan kawasan terbabit.

“Bantuan segera dibuat oleh UMNO Bhagian selepas sahaja mengetahu bencana tersebut berlaku yang bermula selepas maghrib ekoran hujan lebat iaitu dengan memindahkan penduduk-oenduduk yang terlibat ke penempatan sementara lantas bantuan makanan diberikan,” maklumnya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, perkara pertama yang dilakukan apabila para penduduk terbabit dikumpulakn ialah mengadakan bancian bagi megetahui jumlah sebenar mangsa terlibat agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.

“Bancian tiap-tiap rumah dilakukan tanpa mengambil kira sama ada rumah sendiri atau penyewa yang kesemuanya melibatkan sejumlah 466 penduduk,” ujarnya yang menjelaskan antara kawasan terlibat terdiri dari Kampung Lembah Jaya Utara, Bukit Sungai Seputih, Kampung Melayu, Kampung Seri Melur, Jalan Enggang dan kawasan sekitarnya.

Tambah beliau, bagi memudahkan urusan dan aduan dibuat maka bilik gerakan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh beliau sendiri telah dibuka sejak hari bencana berlaku sehinggalah hari ini dan akan dilaksanakan berterusan bagi memastikan keadaan benar-benar pulih.

“Melalui pergerakan UMNO Bahagian maka kita telah meminta bantuan semua pihak sama ada dari pihak badan bukan kerajaan dan kementerian-kementerian bagi menghulurkan sumbangan dalam pelbagai aspek sama ada barangan, makanan dan juga tenaga kerja.

“Selepas banjir surut maka kita telah menggerakkan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar yang dipenuhi dengan selut dan kotoran dan alhamdulillah melalui gerak kerja bersama melibatkan jentera UMNO Bahagaian, kakitangan Syabas, NGO’s, golongan belia dan angkatan tentera maka sekitar seribu orang telah berhimpun dan bersama-sama membantu para penduduk,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa punca berlakunya bencana tersebut telah dikenalpasti dan aduan telah dibuat kepada pihak bertanggungjawab agar tindakan segera dapat dilakukan.

“Melalui UMNO Bahagian, bantuan bantuan berupa 331 dapor dan juga tong gas sumbangan TEKUN diberikan selain bantuan alatan memasak,peralatan asas seperti tilam dan pakaian,” katanya. MediaUMNO

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s